KOTA BAHARU, 1 Jan - Kelantan menyambut 22 bayi dan Terengganu 18 selepas tengah malam tadi ketika alaf baru menjelang tiba.
Di Kuching, pasangan Jalani Sabri dan Suraya Anen menerima cahaya mata sulung mereka tepat pada 12.01 tengah malam.
Bayi perempuan yang dinamakan Nor Manisya seberat 3.4 kg itu, dilahirkan di Hospital Umum Sarawak.
Daripada 22 bayi di Kelantan, sembilan dilahirkan di Hospital Kota Baharu dan selebihnya di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, antara 12.15 tengah malam dan 11 pagi tadi.
Di Terengganu, 18 bayi itu dilahirkan di empat hospital di negeri itu antara tengah malam dan 9 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Dr Marzukhi Mohamed Isa berkata enam bayi dilahirkan di Hospital Kuala Terengganu, tujuh di Hospital Kemaman, tiga di Hospital Besut dan dua di Hospital Hulu Terengganu.