Lancarkan Kempen Boikot Akhbar-Akhbar Harian

Saya amat terkejut dengan tindakan KDN menarik balik Permit PP Detik pada Khamis. Keesokan harinya, KDN telah melancarkan operasi Harakah untuk merampas Harakah di seluruh negara. Bermula di KL, sebanyak 2600 naskah Harakah telah dirampas.

TPM, Abdullah Badawi telah menyalahkan pihak Harakah menabur fitnal dan dijual terbuka kepada umum. Adakah ini tindakan kerajaan yang Berwawasan dan Bersepadu seperti yang dinyatakan dalam manifesto BN.

Sejak pemecatan Anwar, rakyat telah memahami erti keadilan dan dapat membezakan kezaliman and kebaikan. Rakyat telah bangkit untuk menyatakan perasaan mereka. Jesturu itu, mereka dahagakan informasi and maklumat alternatif untuk mengetahui keadaan sebenar and kisah-kisah benar isu-isu.

Selepas operasi Lalang pada tahun 1987, semua lidah parti politik dan majalah telah dikenakan peraturan yang lebih ketat. Ini telah menunjukan kerajaan ingin menghadkan kebebasan bersuara raykat. Dan kini, ia menjadi lebih melampau lagi. Penarikan permit adalah perkara biasa yang berlaku.

Jika kita ada ambil perhatian, banyak majalah hiburan yang permitnya telah luput dan belum diperbaharui masih boleh dilihat di rak-rak akhbar. Kenapa KDN mengambil tindakan double standard terhadap ini?

INGAT, DOUBLE STANDARD BUKAN STANDARD.

Sekarang, saya teringat peribahasa cina:

Hanya benarkan pegawai kerajaan menyalakan obor Tidak benarkan rakyat menyalakan lampu.

Sebenarnya, menyalakan obor dan lampu adalah sama, iaitu untuk menerangkan kawasan gelap.

Jika dikatakan menabur fitnah dan menakut-nakutkan rakyat, akhbar yang akan diambil tindakan keras ialah, NST, UM dan BH.

Kenapa apa-apa tindakan tidak dilakukan? Kerana mereka menyalakan "obor". Menyiarkan iklan-iklan berunsur memecah-belahkan rakyat di pilihanraya tetapi masih boleh mendapatkan permit.

KDN terutamanya, henday meneruskan siasatan HARAKAH PALSU dan POSTER PALSU WAN AZIZAH. Adakah Harakah palsu tidak menyalahi akta KDN. Kenapa mereka dibenarkan diedar berleluasa ke tangan pengundi? Diharap pihak KDN memberi penjelasan yang menyeluruh.

Pengundi hantu seperti pengundi pekerja asing telah kian menjadi-menjadi, tidakkah ini adalah isu-isu yang lebih penting? Ini berkait dengan hak warganegara kita yang kian terhakis.Selain itu, Reformasi ke atas polis perlu dilakukan.

Berdasarkan perkara-perkara di atas, saya rasa telah tiba masanya dan alasan ini telah mencukupi untuk kita melancarkan kempen memboikot akhbar-akhbar harian.

Diharap Gerak, Adil yang telah diam seketika, bergabung tenaga dengan PRM, PAS, DAP dan keADILan sama-sama melancarkan kempen memboikot akhbar harian mainstream selama satu bulan. Beritahu mereka hak rakyat bersuara perlu dihormati. Pada masa yang sama, kita perlu menggalakkan kita membaca dari net.

Jangan beli.................... Biar mereka tahu.

dari tat kean