Assalamualaikum,
Mari kita selidik diri kita sendiri adakah terdapat ciri-ciri berikut:
1. Merasai putus asa dalam berdakwah, orang yang berputus asa terdiri daripada
golongan kafir.
2. Adakah anda kasihkan dunia, tetapi bencikan akhirat. Orang kafir sentiasa
mahu kehidupan dan kemewahan di dunia, sentiasa melakukan kerja
kefasikan dan kesesatan yang dilarang dalam Islam.
3. Tidak beriman melainkan dengan kebendaan.
4. Tidak mahu mendengar teguran yang berbentuk keislaman, dan ayat
Al Quran rasa benci mendengarnya. Terutama sekali bila terkena ke
atas dirinya sendiri.
5. Tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah.
6. Selalu bermusuhan dengan pendakwah, jamaah Islam dan mana-mana
kumpulan yang menyuarakan hukum Allah termasuk Parti Islam, sesama
mukmin, tetapi lebih senang membantu golongan kufar.
7. Sanggup memikul dosa orang lain, mengalak melakukan kemungkaran
dan kerja-kerja maksiat. Menganjur pelbagai program maksiat untuk
tuntunan orang ramai.
8. Memperolok-olok sunnah Nabi (janggut), Serban, dan ayat-ayat Al Quran
serta Hadis Nabi saw.
9. Hati mereka sudah tertutup kepada kebenaran, apabila diajak
melanksanakan hukumHudud, tanpa sebarang alasan terus menetang.
10 Berseronok atau bersukaria seperti binatang.
11. Melantik pemimpin dikalangan Taghut, yang selalu mengajak mereka
daripada cahaya kepada kegelapan.
12. Menyuruh orang lain berbuat bakhil dan tidak perlu berderma atau
memberi sumbagan kepada pejuang Islam, atau untuk kebajikan Islam.
13. Masalah murtad langsung buat tak kisah, malah digalakan supaya lebih
ramai orang Islam menjadi mutrad.
14. Tidak akan rela atau tidak akan suka selagi Umat Islam tidak masuk
agama mereka.
15. Tidak senang sekiranya orang Islam mendapat kebaikan dari Allah .
16. Selalu menyerang, memfitnah dan memburuk-buruk orang beriman,
sehinga menjadi murtad.
Sekiranya sifat-sifat tersebut tertanam di hati seseorang, ini bermakna menyerupai sifat orang-orang kafir. Golongan ini selalu melancarkan peperangan fikiran dengan cara memburuk-buruk Islam. Oleh itu kita hendaklah berwaspada selalu. Golongan ini akan menyerang golongan Ulamak dan mana-mana jamaah Islam, pertubuhan dan badan-badan politik Islam di seluruh dunia, tak ketinggalan di Malaysia. Golongan yang digula-gula terlebih dahulu ialah Pemerintah, kaum bangsawan, pembesar dan raja-raja. Dengan cara sebegini memudahkan mereka untuk memurtadkan ummat Islam.
Wassalam.
Dipetik daripada : Reformasi Pendidikan Negara
Tazkirah Bersama Pak Teh Derga