UMNO PERLIS LETAK HAMPARAN DACING DI MASJID

KANGAR, 29 Dis - Persuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin hari ini meminta kerajaan negeri menjelaskan hutang mengikut jadual kepada kerajaan pusat.

"Rakyat akan tiru kerajaan negeri jika kerajaan negeri tidak bayar hutang," katanya semasa membahaskan usul anggaran pembangunan negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sebagai contoh, beliau berkata rakyat tidak membayar ansuran rumah kos rendah kerana kerajaan juga tidak sistematik membayar hutang.

Turut membahas usul itu ialah Ahmad Ali (PAS-Guar Sanji) yang membidas Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan hamparan berlambangkan dacing di masjid tertentu di negeri ini.

Katanya perbuatan itu menampakkan unsur politik seolah-olah masjid berkenaan hanya dikhususkan untuk tempat orang-orang BN bersembahyang. Dewan bersidang lagi esok.