Permit Majalah DETIK ditarik oleh KDNKUALA LUMPUR : Majalah yang menjadi pujaan golongan reformasi DETIK telah ditarik balik permitnya oleh pihak KDN. Pihak DPPKD telah bertanya kepada Sdr Ahmad Lutfi ketika beliau datang ke Dungun pada 4 November lalu untuk berceramah di Kg. sungai Buaya. Ahmad Lutfi telah memberitahu bahawa majalah DETIK tersebut adalah majalah lama yang bukan 100% politik telah mati dan dihidupkan semula. Oleh kerana pihak KDN tidak boleh menekan saudara Ahmad Lutfi, maka dia menggunakan cara menekan Penerbit Irrecon Corparation Sdn bhd. Menyedari hal ini, Ahmad Lutfi telah mengatur stategi dengan menerbitkan satu lagi majalah WASILAH sebagai undercover jika perkara ini berlaku. Nampak strategi yang digunakan oleh saudara Ahmad Lutfi telah berjaya dalam usaha beliau untuk tidak memadamkan api reformasi. Sebelum ini juga, difahamankan pihak KDN melarang Hishamuddin Rais daripada menulis dalam Majalah Detik. Pemberita : Tok Ayah |