Assalamualaikum,
Terima kasih kerana mengambil perhatian !! Jangan jadi nila setitik rosak susu sebelangga.
Pertama-tama sekali cuba lihat Manifesto pas Negeri Terengganu Pilihan Raya ke-10 bilangan 1-2.
1-2 . Mengamalkan konsep "syura"dan muafakat dalam segala keputusan dasar bagi melahirkan tanggong jawap dan amanah bersama (collective trust).Selepas pilihan raya orang kampung cukup hairan apabila YB DUN KIJAL melantik Hj musa(BARU SAJA MASUK PAS) sebagai orang kanannya,kemusykilannya adakah Haji mohd Sulong melaksanakan seperti bab 1-2 yang saya sebutkan itu.
Disini bermulalah kepincangan apabila merika yang betul-betul berjuang kerana Allah terpinggir dan digantikan olih merika yang menanggok diair keruh(serperti yang berlaku di Afghanistan sekarang ini,Taliban
mengambil perluang disaat memenangan mujahiddin).terutamanya dicawangan-cawangan.
2 - Sikap YB sendiri, yang sepatutnya apabila mendapat kemenangan segera turun kecawangan mengucapkan terima kasih kepada pejuang-pejuang pas dan bulan puasa tempuh hari adalah paling sesuai bertemu mesra dengan bersembahyang terawih bersama,tapi ini tidak pernah berlaku !! Ada
kematian tak pernah datang........
Saya sendiri amat kagum dengan kepimpinan Dr Sulaiman dengan pendekatan yang dibuat dikawasannya,dengan ini menarik minat orang umno bersama pas dengan penuh kerelaan.kalau ada diDUN Kijal hanya pura-pura saja........."Bad impression" terhadap yB Kijal timbul,isu-isu semasa pilihan raya timbul kembali,dan ini amat memalukan gerakkan islam,dan ini memberi peluang kapada orang Umno melaksanakan tektik-tektik melumpuhkan pas sendiri.Umno dah mula berkerja sekarang ini.......saya rasa cukup dengan dua isu ini dan saya akan beritahu perkara-perkara yang lain pula.
Tidak ada tujuan lansung melaporkan ini utuk merosakkan peribadi seseorang tetapi untuk kebaikan bersama......
SATU ISU PUN DAH BOLEH MERUNTUHKAN SESUATU ORGANISASI....
Komen Tok Ayah : Artikal awal pengunjung ini tidak disiarkan kerana banyak sangat menyentuh peribadi kepimpinan PAS. Saya telah hantar kepada beberapa sahabat untuk disampaikan kepada kepimpinan.
Ini adalah email setelah perkara itu dibawa ke atas.
Kita mesti terbuka menerima apa sahaja dan kita mesti sedar tidak semua aorang akan sama seperti yang kita kehendaki. Berilah masa kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.