|
KUALA LUMPUR, 23 Dis -
Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
berkata beliau percaya bahawa Umno akan menyokong naib presiden
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya untuk
kepimpinan parti.
"Sudah tentu, jika saya bersara
(Timbalan Perdana Menteri) Datuk Abdullah (Ahmad Badawi) akan
mengambil alih," katanya.
Dr Mahathir ditanya mengenai
pengganti kepemimpinan Umno pada satu persidangan berita selepas
melancarkan syiling emas peringatan alaf baru di Palace of the
Golden Horses, di sini.
"Tetapi, saya rasa Umno akan
menyokong Datuk Abdullah sebagai pengganti saya," kata beliau.
Abdullah menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti
sejak September tahun lepas.
Mengenai sama ada perhimpunan
agung Umno akan dipercepatkan daripada pertengahan tahun depan
kepada suku pertama tahun depan, Dr Mahathir berkata ia masih
terlalu awal untuk dipertimbangkan.
"Mereka belum
menimbangkan apa-apa langsung. Saya rasa mereka ada banyak masa...
kita tidak perlu terburu-buru," kata beliau.
Komen Tok Ayah : Boleh percaya ke ? Sebelum ini Mahathir banyak kali sebut Sdr Anwar penggantinya.
Sekarang apa dah jadi pada Anwar ??
|