KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor mengarahkan semua ahli PAS di semua peringkat agar mendirikan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar diselamatkan Harakah.
Beliau juga mengarahkan agar Badan Perhubungan PAS Negeri serta PAS kawasan menganjurkan majlis solat hajat ini secara berjemaah.
Bagaimanapun, ahli-ahli PAS yang tidak berkesempatan bolehlah membuatnya secara bersendirian atau di rumah atau tempat masing-masing dalam kumpulan yang kecil.
"Keputusan untuk mendirikan solat hajat ini telah dicapai dalam mesyuarat Lajnah Politik dan Organisasi PAS yang diadakan di sini Ahad lepas," katanya kepada Harakah.
Menurut Dato' Fadzil, tindakan untuk mengadu terus kepada Allah ini diambil berikutan dari serangan-serangan yang kadang-kadang tidak masuk diakal yang dilakukan oleh pemimpin Umno selepas pilihan raya umum 1999.
"Sebenarnya, media utama negara yang dikawal oleh Barisan Nasional yang paling banyak membuat pelbagai kerosakan dan fitnah sepanjang kempen pilihan raya yang lalu.
"Mereka sebenarnya yang tidak beretika," kata beliau kepada Harakah.
Ustaz Fadzil juga menegaskan, Harakah telah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh KDN sebelum ini dan akan mematuhi peraturan penjualannya selepas ini.
Komen Tok Ayah : Tiada cara untuk menyelamatkan diri kita daripada kezaliman ialah dengan meminta pertolongan daripada Allah taala. Bila sebut solat hajat memang ada orang mengganggap ia suatu perkara
yang biasa.
Apabila Terangganu jatuh ke tangan PAS, kita banyak berbicara soal bagaimana ia boleh menang, apakah faktor-faktor kerjayaan. Dalam perbincangan ada setengah yang masih keras dengan cara pemikiran UMNO mengganggap SOLAT HAJAT yang
dibuat oleh semua pencipta kebenaran di masjid selepas solat Jumaat dan dimarkah-markah PAS adalah suatu yang remeh.
Oleh itu Seruan untuk menyelamatkan 5 orang (termasuuk yang terkini) tidak lain tidak bukan kita kena solat HAJAT beramai-ramai, bermulanya pada hari ini selepas sahaja Solat Jumaat nanti.
Tidak ada hijat doa orang yang dizalimi Insya-Allah. Moga Allah hancurkan 'barisan' mereka.