PENJUAL HARAKAH DITEKAN

Dollah Badawi yang mula diberikan kepercayaan untuk menggantikan Mahashit kemudian nanti (tak tau bilalah tu..) sudah mula menunjukkan belang beliau dengan memulakan aktiviti-aktiviti terhadap Barisan Alternatif dan seterusnya terhadap orang orang Islam sendiri.

Malam ini diNTV7 beliau yang menggunakan kuasanya sebagai Menteri dalam Negeri telah memberi amaran keras terhadap penerbit akhbar Harakah agar tidak bebas menjual akhbar tersebut kepada mereka yang bukan ahli PAS. Dengan rupanya yang sombong dan bongkak beliau menegaskan kerajaan Mahashit tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik (mungkin dengan menarik balik permit penerbitan) sekiranya larangan menjual Harakah kepada bukan ahli tidak diikuti.

Seterusnya beliau juga menyebutkan tentang pengawasan ceramah-ceramah ugama yang diadakan di Jabatan-jabatan kerajaan yang mungkin kununnya menghasut kakitangan kerajaan agar membenci kerajaan yang ada hari ini. (Sebenarnya DSAI lah ahli jemaah menteri yang memperkenalkan ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah ugama diadakan di kebanyakan kementerian hingga kehari ini). Menilai dari tindakan-tindakan yang dilakukan oleh anak Badawi ini nyatalah yang beliau sedang menunjukkan sikap taat setianya dengan melakukan penindasan terhadap ahli pembangkang yang telah memberi malu besar terhadap barisan Mahashit dalam pilihan raya yang baru lalu. Beliau sedang bersungguh-sungguh menunjukkan sikap yang di panggil 'reciprocation' dengan melakukan apa yang memang digemari oleh Mahashit iaitu menindas mereka yang dianggap musuh.

Tindakan melarang penjualan Harakah dengan agak bebas ini sebenarnya mencerminkan betapa takut dan gerunnya pihak Mahashit terhadap sekian banyaknya pendedahan yang telah disebarkan berterusan terhadap kezaliman,rasuah,kronisma, nepotisma dan penipuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Mahashit. Lebih-lebih lagi rakyat lebih gemar untuk membaca sesuatu berita yang mereka boleh percaya dan bukan cerita pembohongan,penipuan, putar belit dan dakyah-dakyah songsang yang hanya terdapat dalam akhbar-akhbar 'mainstream media' kerajaan yang hanya layak dicampakkan kedalam tong najis! Rakyat tidak mempercayai lagi tulisan yang tidak beretika keluaran akhbar milik Umno maka dengan sebab itulah angin-angin penindasan ini mula ditiupkan.

Pengawasan terhadap ceramah atau kuliah ugama juga menunjukkan sikap Si badawi yang terikut-ikut (atau memang saja tunjuk..) dengan gaya dan corak kearah sikap kuku besi si Mahashit. Kesan kearah kegilaan kuasa dah mula menyerap dalam kepala anak siBadawi ni. Sikap anti Islam Mahashit dah terbawa-bawa oleh Dollah Badawi. Kepada beliau kita ingatkan....jangan nak bermain api...nanti terbakar pulak jari tu. Ingat-ingat sikit bila bercakap. Baru disebut yang dia mungkin ambil alih tempat Mahashit dah mula lupa dunia. lupa Tuhan. Bawak-bawaklah mengucap!!!