Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

HARAKAH dan Penceramah menjadi sasaran hati busuk

JASIN, 10 Jan - Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abu Zahar Isnin berkata kementerian itu tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pemilik premis yang menjual akhbar Harakah kepada bukan anggota PAS.

Beliau berkata kementerian itu mempunyai kakitangan yang cukup untuk membuat pemantauan terhadap penjualan dan pengedaran akhbar itu di premis-premis yang menjual akhbar berkenaan.

Menurutnya, walaupun kebenaran untuk menjual akhbar itu ada, tetapi tujuan akhbar itu dicetak adalah untuk dijual kepada ahli parti berkenaan sahaja dan bukan dijual secara terbuka.

"Kalau hendak jual pun hanya di premis yang tertentu sahaja dan kita akan bertindak jika ia dijual di kedai-kedai suratkhabar secara terbuka kerana ini tidak mendapat kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Merlimau di sini hari ini.

Abu Zahar berkata disebabkan pelanggaran peraturan itu kementerian telah mengambil tindakan merampas akhbar berkenaan yang dijual secara terbuka kepada orang ramai dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan baru-baru ini.

"Kita telah terlalu bertolak ansur, kita sudah terlalu longgar, kita telah beri peluang dan akhirnya benda ini menghentam kita balik, oleh itu tidak ada lagi tolak ansur," katanya.

Mengenai penjualan akhbar itu di markas-markas parti PAS, beliau berkata kementerian sentiasa mengawasi penjualannya dan memastikan hanya ahli-ahli parti berkenaan sahaja yang dibenarkan membeli.

Dengan ini diharapkan lebih ramai lagi orang akan masuk PAS untuk membaca HARAKAH.

Sementara itu, Abu Zahar berkata kementerian itu juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberi nasihat kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya memastikan semua penceramah di masjid-masjid hendaklah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan-kerajaan negeri melalui jabatan-jabatan agama Islam masing-masing boleh mengariskan peraturan yang perlu diikut oleh penceramah-penceramah berkenaan bagi memastikan tidak timbul fitnah dan pembohongan yang memburuk-burukkan kerajaan.

Penyanyi rock tidak diendah....biar mereka. Kosert sana-sini pun tak apa, asalkan jangan ada yang berminat kepada agama. Itulah matlamat UMNO supaya semuanya sesat.

Mengenai penjualan dan pengedaran mercun pada musim perayaan AIdilfitri, Abu Zahar berkata walaupun arahan dikeluarkan bagi pengharaman penjualan, pengedaran dan memainkan bahan berkenaan, para peniaga pasaran gelap telah mengambil kesempatan daripada permintaan orang ramai.

Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pemilik premis mahupun individu yang didapati menjual, mengedar mahupun memainkan mercun dan meriam buluh, tegasnya.

Abu Zahar berkata bagaimanapun kegiatan menjual dan mengedarkan bahan berkenaan secara gelap berleluasa pada musim perayaan kerana ada permintaan daripada orang ramai.

"Walaupun beberapa siri serbuan, mengeledah dan merampas bahan berkenaan di samping mengenakan tindakan kepada penjual serta pengedar tetapi tanpa kerjasama daripada orang ramai untuk membanteras kegiatan itu tidak akan mencapai matlamat sepenuhnya," katanya.

CD lucah merata tempat tiada serbuan. Apakah HARAKAH tu bahaya daripada bahan lucah ke ? Kepala UMNO memang dah tak betul....orang Melayu mesti lari...jangan jadikan UMNO sebagai wardah lagi...


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com