Bendahari Umno Kedah Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dikatakan terlibat dengan kehilangan wang berjuta-juta ringgit dari tabung parti itu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai segala perbelanjaan wang keluar dan masuk dalam tabung itu tidak mempunyai resit yang sah dan kemasukkan ke dalam akaun juga dipertikaikan.
Dia memegang jawatan itu lebih daripada 3 tahun dan banyak rungutan daripada ahli UMNO sebelum ini tetapi tidak diendahkan oleh pihak atasan parti.
Satu jawatankuasa khas penyiasatan dikatakan telah ditubuh oleh Umno Kedah bagi menyiasat mengenai kehilangan wang berjuta-juta ringgit dalam tabung parti itu.
Setakat ini tiada seorang pun yang mengetahu banyak mana wang parti berada dalam tabung itu.
Saya juga difahamkan bahawa satu mesyuarat telah diadakan mengenai kewangan selama 4 jam khusus membicarakan kes ini dimana Datuk Abdullah sendiri tidak dipanggil kerana dia dikatakan terlibat.
Menurut sumber itu lagi telah melantik Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Dr Affifuddin Omar untuk mengetuai jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara itu.
Tok Ayah