Kekelahan Mid Man - Suatu Hipotisis

Pilihanraya ke 10 sudahpun berlalu. Kabinet telahpun diumumkan, seminggu selepas pilihanraya selesai. Di atas kertas, BA tumpas. Namun, hakikat sebenarnya kemenangan adalah milik BA. Kemampuan parti baru keADILan memenangi beberapa kerusi di peringkat Parlimen dan DUN membuktikan lagi kemenangan itu. Diikuti oleh peningkatan bilangan kerusi buat PAS dan DAP. Sumbangan PRM dan NGO juga tidak boleh diketepikan. Pokoknya, kemenangan awal yang dicari sudah dalam genggaman. Seterusnya, kemenangan mutlak pula yang harus dicari dan perlu diusahakan dengan sungguh-sungguh.

Kalau dikaji dari sudut BN pula, pilihanraya yang lalu dilihat sebagai proses membersihkan nama parti dan MAHASHIT yang semakin tercemar disebabkan oleh isu DSIA. Inilah masanya untuk MAHASHIT melakukan amalan biasanya, memancung mana-mana ahli-ahli kabinet yang bermasalah dan yang tidak disukainya. Samada ianya benar ataupun tidak, hipotesis ini tidaklah boleh disangkalkan sama sekali walaupun ianya agak berbentuk tuduhan. Dengan bantuan dan usaha dari pihak-pihak tertentu terutamanya SPR, MAHASHIT boleh menetukan kemenangan atau kekalalahan seseorang anggota kabinet yang tidak disukainya. Sebagai contoh, cuba kita lihat keputusan yang melibatkan calon-calon kabinet di bawah satu persatu. Terpulang kepada pembaca untuk menilai akan hipotesis-hipotesis ini.

Hipotesis kekalahan Megat Junit di P66 - PARIT

Calun bertanding
Mat Basir Rahmat (BA - PAS) 12003
Megat Junid Megat Ayob (BN - UMNO) 10710

Maj : 1293

Turnout: 23144 (68.6%)
Spoilt : 431
Voters : 33762

Sebenarnya, keputusan ini memang telah dijangkakan. Tapi siapakah yang sebenarnya merancang kekalahan beliau? Malah kalau dilihat dari majoriti yang diperolehi oleh calon yang menang, MAHASHIT boleh mengarahkan SPR untuk mengimport masuk, undi-undi POS bagi membantu beliau mencapai kemenangan. Tapi kenapakah ianya tidak berlaku?Di sinilah wujudnya hipotesis yang mengatakan bahawa kekalahan beliau memang sengaja dirancang oleh MAHASHIT.

Megat Janet yang terkenal dengan pelbagai isu yang grand. Kes pembunuhan Mustakizah hanya dalam perhatian. Isu-isu perkahwinannya dengan artis-artis glamour, sudah cukup menyeliuhkan telinga yang mendengar. Keterlibatannya menyalahguna kuasa dalam hal pendatang asing sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, sudah cukup terbukti. Keputusannya sewaktu menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Pengguna, banyak yang dipertikaikan. Ini semuanya, menjejaskan kredibiliti belioau di kaca mata MAHASHIT.

Oleh itu, jalan terakhir yang boleh dibuat oleh MAHASHIT adalah untuk memastikan kekalahan beliau supaya barisan kabinet yang bakal dibentuk tidak akan mengandungi orang-orang yang bereputasi buruk (di kaca mata MAHASHIT) dan seterusnya boleh menarik semula ahli-ahli yang terjun ke dalam BA meyertai AMNO dan BN semula. Sekiranya hipotesis ini benar, amatlah jelik buat Megat Janet kerana terpaksa dikuburkan oleh Tuhannya sendiri iaitu MAHASHIT dan juga pengundi-pengundi di Parit.Syabas buat pengundi-pengundi di Parit.

Hipotesis kekalahan Mustapa Mohamed di P30 - JELI

Calun bertanding : Mohd Apandi Mohamad (BA - PAS) 15523
Mustapa Mohamed (BN - UMNO) 14830

Maj: 693 Turnout: 30882 (81.2%)
Spoilt: 529
Voters: 38023

Mustapa Mohamed merupakan satu-satu calon BN yang boleh dipercayai di kalangan rakyat Kelantan terutamanya bagi penduduk Jeli. Banyak agenda-agenda yang telah beliau laksanakan di sana terutamanya dari segi pembangunan infrasruktur. Tapi kenapakah beliau tumpas di kawasan yang beliau fikirkan selamat untuk bertanding?

Di sini wujudnya hipotesis mengatakan bahawa Daimlah merupakan dalang sebenar di sebalik kekalahan beliau. DAIM telah berpakat dan mengarahkan MAHASHIT untuk memancung beliau. Ini dapat dijelaskan lagi dengan barisan kabinet baru yang diumumkan semalam di mana tidak diwujudkan lagi Menteri Kewangan 1 dan 2. Malah, beliau langsung tidak dilantik untuk menjawat sebarang jawatan di dalam kabinet.

Rancangan penggambungan bank merupakan titik tolak bermulanya perencanaan penyingkiran beliau dari kabinet oleh DAIM. Kenyataan beliau dan DAIM berhubung isu itu amat bercanggah sama sekali. Ini memaksa MAHASHIT untuk campurtangan bagi menyelesaikan masalah itu yang sememangnya hingga kini belum selesai lagi. Seperti mana juga Megat Janet, pilihanraya kali ini dilihat sebagai medan yang terbaik untuk DAIM mendiamkan dan menyingkirkan Mustapa dan seterusnya berkuasa sebagai Menteri Kewangan Yang Satu.

Jika dilihat dari peratusan yang datang mengundi, hampir 85% penduduk di JELI keluar mengundi dan majoriti yang diperolehi oleh calon yang menang amatlah kecil. Sekiranya MAHASHIT mahu, beliau boleh mengarahkan SPR untuk menyuntik undi-undi POS yang diketahui boleh didapati dengan mudah di situ. Ini membuktikan dengan jelas, kekalahan beliau memang telah dirancang dan seperti yang dimaklumkan oleh MAHAZALIM tempohari bahawa keputusan pilihanraya kali ini telah dirancang amatlah tepat sekali.

Oleh itu, buat penduduk-penduduk di PARIT dan JELI, anda semua telah membuat satu keputusan yang tepat. Biarpun calon BN di PARIT terang akan kemungkaran yang dilakukan dan calon BN di JELI pula terang melakukan kebaikan di mata anda, tapi percayalah ketentuan ALLAH mengatasi segala-galanya. Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana tidak memilih dan menyokong pemerintah yang zalim dan tidak ADIL. Sama-samalah kita merapatkan saf dan meluruskan BARISAN kita buat menghadapi pilhanraya alaf baru tahun 2004 nanti.

Hipotesis seterusnya : Kekalahan Mid bin Man dan kaitan kemenangan Mat Sabu dan PAS Terengganu.
Tunggguuuuuuuuuuuuu....

Cucureformasi@hotmail.com