Saya suka merujuk kepada beberapa atrikel yang disiarkan dalam laman reformasi sejak dua tiga hari yang lalu antaranya "cukup dengan petisyen saja ke ? ", "Kita ada pilihan ", "Tazkirah jawapan kepada : kita ada pilihan " , Pendedahan sensasi : Apa yang sebenarnya berlaku pada Pilihanraya ke - 10 - tulisan Pn. Maznah,
mznh49@hotmail.com " dan "sokong : Memang wujud penipuan oleh BN - tulisan amie
amiecalt@yahoo.com ".
Persoalan pokok yang hendak diajukan di sini ialah, pertama, masihkah kita percaya kepada sistem pilihanraya di negara kita, kedua, Mengapa harus kita percaya kepada sistem pilihanraya yang ada kini ? dan, ketiga, apakah pilihan yang ada untuk mengatasi penipuan [ seribu satu jenis ] di dalam pilihanraya.?
Merujuk kembali kepada artikel - artikel di atas, pertamanya saya sangat bersetuju dengan tulisan berkenaan. Semua ulasan yang diberi boleh diterima dan harus diterima pakai. Tidak ada yang salah. Semuanya betul. Ulasan dan idea yang diberikan adalah berdasarkan kepada cara pemahaman masing - masing. Itulah kreativiti namanya. Pemikiran manusia sudah pastinya berbeza. Setiap orang memandang dari sudut yang berbeza. Tidak ada salahnya. Inilah hakikat kekayaanNya.
Sebenarnya tidak ada atau terdapat hanya satu cara sahaja dalam menyelesaikan satu - satu masalah. Pastinya ada pelbagai. Kepelbagaian inilah yang akan mewarnai corak , gaya dan cara bertindak ke atas sesuatu masaalah, isu atau program.
Untuk mencari jalan penyelesaian bagi menghuraikan persoalan pokok iaitu, tentang pemerintahan yang ada [ Mahathir ] dan pilihanraya [ 1 - 10 ] serta hal - hal yang berkaitan dengannya, tidak ada satu saja cadangan, cara, kaedah, pendapat, pandangan, rumusan, penyelesaian, dll yang boleh diterima. Kita tidak boleh paksakan ke atas sesiapa, atau mengarahkan sesiapa menerima satu cara saja, atau menghadkan cara kepada satu juzud atau sudut atau konsep atau teori atau hipotesis sahaja.
Yang pasti dan nyata, sebenarnya terdapat pelbagai, mungkin berpuluh, beratus, beribu atau berjuta pilihan di depan kita. Tidak mungkin ada satu saja. Kenapa kita suka sangat bergantung kepada yang satu. Kecuali Allah dan Rasul itu hanya satu saja pilihan kita.
Jadi dengan itu, kenapa kita perlu dan harus paksakan diri kita menerima yang satu saja.
Sebagai contoh, PILIHANRAYA , dalam pengetahuan umum dan rakyat terbanyak iaitu Perikatan dan BN menang dengan MENIPU [ seribu satu jenis penipuan ] , jadi kenapa satu kaedah ini saja juga yang dipilih ? Kenapa satu cara ini saja yang ada di dalam kepala kebanyakan rakyat Malaysia ?.
Alahai ! tidak adakah seorang daripada 22.7 juta rakyat Malaysia yang waras, berfikir tentu ada cara lain untuk menjatuhkan pemerintahan zalim Mahathir. UMNO dan BN ini , dan seterusnya mengadakan pemilihan yang adil untuk membentuk kerajaan .
Kita harus mulakan ke arah itu. Alternatifnya, banyak. Tidak terhad kepada dua atau tiga atau sebagainya.
Kiranya semua rakyat Malaysia berfikir dan mengesahkan bahawa hanya satu cara saja yang ada untuk jatuhkan Mahathir, UMNO dan BN, dan seterusnya menentukan cara kerajaan perlu dibentuk, maka saya kira dan berpendapat, ada sesuatu yang tidak kena dalam spesis mamalia jenis manusia yang menghuni Malaysia ini.
Mana mungkin, 22.7 juta otak di negara yang bernama Malaysia hanya dijuruskan kepada satu tahap dan corak pemkiran saja. Tidak mungkin.
So, sudah pasti ada seorang atau lebih yang mempunyai pemikiran, tidak semestinya kita percaya kepada sistem pilihanraya yang ada kini untuk jatuhkan MAHATHIR dan membentuk kerajaan yang adil, di antaranya yang boleh saya sebut di sini ialah, pertama saudara Hamzah Abdullah, calon KeADILan bagi Parlimen Gaya, kedua -" kawan lama " dan ketiga "terompah kayu" . Ini adalah di antara nama yang boleh saya sebutkan di sini.
Jadi, kenapa kita tidak boleh mencuba kaedah - kaedah lain itu.? Siapa yang akan memulakannya.? Siapa yang harus memulakannya ? Bagaimana harus kita memulakannya ?. Bila harus kita memulakannya ?. Di mana harus kita bermula ?
Saya sangat bersetuju dengan "terompah _kayu " , ia itu, sembilan kali itu sudah lebih dari cukup. Masuk kali yang ke - 10 , masih sama jua. Kena tunggu lagi untuk kali ke - 11 ke ? Cukuplah tu!!! " Enough is enough " meminjam petikan keramat Dato' Seri Anwar Ibrahim
Bila kita akan bertindak ?
Di sini, saya mencadangkan agar ada usaha, bermula dari sekarang dan hari ini, satu orang, satu pemimpin , satu pasukan, satu kumpulan atau pertubuhan , satu kawasan, atau satu negeri mengambil daya usaha untuk mempelbagaikan cara, memperkenalkan pembaharuan, melontarkan idea dan kaedah lain untuk jatuhkan Mahathir, UMNO dan BN . Dalam keadaan PERTAMA , kita terima hakikat pilihanraya tetap ada dan perlu , tapi , bagaimana untuk mengatasi PENIPUAN oleh MAHATHIR , selain daripada petisyen . mahkamah dan laporan polis atau KEDUA , tidak perlu melalui pilihanraya.
BARISAN ALTERNATIF " BA " yang wujud pada pertengahan tahun 1999 dicadangkan dengan nama seperti itu , sepatutnya mempunyai makna yang betul yang dapat menjelaskan makna yang tersurat dan tersirat denagn sendirinya.
Kalau disemak di dalam KAMUS DEWAN , keluaran DBP, muka surat 25 "Alternatif " bermaksud 1. pilihan yang merupakan kemestian ( keharusan ) ; hanya ada satu - hanya ada satu pilihan ( jalan ) sahaja ; 2. Satu pilihan diantara dua kemungkinan. dll. Apa yang menjadi pilihan lain. Cukup ke dari segi nama dan makna saja ? Bagaimana dengan roh dan semangat serta lain - lainnya. Sepatutnya , mestilah berupa " satu pilihan iaitu pilihan lain " , sekurang - kurang tidak sama dengan yang sedia ada atau lebih baik daripada yang ada.
Apakah yang perlu kepada "pilihan lain " ? Siapa yang perlu kepada "pilihan lain " ? Bagaimana hendak menjadikan "pilihan lain " itu suatu kenyataan ? Bila hendaklah menjadikan "pilihan lain " itu suatu kenyataan ? Siapa yang perlu menjadikan "pilihan lain " itu suatu kenyataan ? Harap tuan - tuan dan puan - puan mencari jawapan sendiri dengan ikhlas dn jujur
Kalau dilihat kepada tujuan diwujudkan BARISAN ALTERNATIF ialah untuk menyediakan satu pilihan lain yang lebih baik daripada yang ada dan yang ditawarkan oleh Barisan Nasional dalam semua sudut samada agama, pembangunan, kesihatan, pendidikan, sosial, keselamatan dll. Ini dapat dirujuk di dalam satu artikel, khusus mengenai BA, yang menerangkan tujuan, konsep dan , falsafahnya.
Tetapi, satu perkara penting, yang barangkali lupa atau sengaja buat - buat lupa ialah, apakah alternatif [ selain daripada pilihanraya ] bagi mengakhiri pemerintahan kuku besi dan Diktator Mahathir Mohammad ini.
Selepas Mahathir , UMNO dan BN dapat dijatuhkan , barulah kita dapat sediakan satu ALTERNATIF pilihanraya yang adil, telus dan berwibawa.
Akhir sekali, sebaik saja Mahathir, UMNO dan BN jatuh, barulah kita dapat jalankan kerja - kerja pengisian sebenar dari semua sudut fizikal dan spiritualnya.
Apa kita ingat mudah untuk jatuhkan Diktator Mahathir ?
Sehubungan dengan itu , saya suka merujuk kepada pelbagai pilihan yang diutarakan oleh "terompah kayu " seperti yang disiarkan dalam laman reformasi "MAHAFIRAUN" yang boleh dipertimbangkan serta pelbagai pilihan lagi. Saya tidak mahu memperkatakannya di sini. Saya pasti tuan - tuan dan puan - puan pun ada pilihan sendiri.
Berbalik kepada tajuk "Kita belum habis berikhtiar" , tidaklah patut hanya satu pilihan saja yang kita cuba, bagi mengatasi penipuan oleh MAHATHIR ini, iaitu, petisyen. Banyak lagi cara - cara yang halal dan dibenarkan oleh perlembagaan. Kenapa tidak dicuba ?
Barangkali itulah sebabnya mengapa kita masih gagal dan yang pastinya akan terus gagal [ InsyaAllah ]. Ini bukan bermakna saya mahu dan ingin kepada kegagalan serta suka kepadanya. Tapi, saya juga tidak punya banyak pilihan, kerana, pemimpin kita dan rakyat umumunya, khususnya pejuang, penyokong dan pendokong kepada perjuangan ini, nampaknya, masih minat dan mesra dengan satu pilihan saja, iaitu, petisyen dan pilihanraya. Nak buat macam mana !!!.
Jadi bersedialah kita untuk gagal kali ke - 11 pada tahun 2004 nanti.
Macam kenal aje ….Reformist Batu Buruk ni !!!
Kuala Terengganu