KUALA LUMPUR, 30 Dis - Akhbar Harakah mempunyai imej baru dalam keluaran pertamanya alaf baru meskipun diasak oleh kerajaan Umno menerusi tindakan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.
Harakah membuat perubahan besar dalam rekabentuk dan susun atur kandungan yang lebih menceriakan dan harmoni.
Harakah juga menukar rekabentuk logo, jenis tulisan dan kandungan yang digunakan dalam akhbar itu.
Harakah sedang menghadapi tekanan KDN agar menghadkan jualannya hanya di cawangan PAS sahaja berikutan peranannya yang besar terutama dalam pilihanraya lepas.
Pengurusan Harakah, semalam, membuat keputusan untuk mengikut arahan KDN itu dan Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa mengarahkan semua cawangan PAS di sluruh negara membuka pejabat cawangan masing-masing untuk membolehkan Harakah dijual di situ.
Harakah edisi Isnin 3 Januari 2000 akan diperolehi mulai esok di ke semua pejabat cawangan PAS seluruh negara.