Kemenangan beberapa pemimpin UMNO dengan jumlah majoriti kurang dari 1,000 adalah dilihat sebagai petanda jelas bahawa mereka tidak lagi mahu melihat mereka dudok menetap dalam UMNO/BN. Mana yang kalah dan mereka hampir-hampir hilang deposit memberi petanda bahawa mereka eloklah berundor untuk selama-lamanya dari bidang politik untuk mencari nafkah.
Yang paling mengaibkan ialah mereka yang selama ini ditudoh RASUAH – dan terang-terang melakukan rasuah dan penyelewengan beragenda – tetapi menang dengan ‘undi pos’; wajar merasa diri mereka sebagai “Wakil Rakyat secara haram”!
Bagaimana rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku? Mudah saja!!
Setamat pilihanraya, wakil-wakil rakyat Barisan Alternatif masih terus-menerus menemui rakyat banyak melalui siri “Ceramah 3 jam” yang diadakan merata-rata pelusok negara. Rakyat masih berduyun-duyun menghadiri ceramah-ceramah itu seolah-olah mereka akan menghadapi Pilihanraya sebelum 29 November yang lalu. Minat rakyat tertumpu kepada perkara-perkara dan isu-isu terkini yang tidak dapat dibaca diakhbar-akhabr pro-Kerajaan atau TV yang 100% dimonopoli oleh Regim Mahathir.
Contohnya, tidak kurang 5 kali PAS bagi pihak Barisan Alternatif mengadakan siri Ceramah di Pusat/HQ nya di Taman Melewar. Suasana masih ceriah dengan hadirin membanjiri kawasan sekitar. Sebilang kali ceramah diadakan, tidak kurang dari 5,000 – 7,000 orang menghadiri tanpa bayaran atau upah. Sebaliknya para hadirin dengan ikhlas menyumbangkan seringit -dua untuk menampung perbelanjaan. Pemidato PAS berkomunikasi dengan hadirin bukan sebagai “Yang Berhormat” ala UMNO/BN tetapi sebaliknya mereka berinteraksi secara lumrah dan biasa.
Disinilah terletaknya hubungan yang menerapkan kepuasan para penyokong Barisan Alternatif yang meletakkan wakil mereka di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri. Malangnya perkara seumpama ini tidak berlaku dalam UMNO/BN. Lazimnya – seperti biasa, wakil-wakil UMNO/BN, setelah mereka berjaya dilantik mewakili rakyat – muka hidung mereka tidak nampak lagi. Banyak yang sekarang amat sukar ditemui rakyat kecuali jika rakyat menjemput mereka dengan ”tepak sirih” dan kenduri “sembeleh lembu-kambing” dengan biayaan rakyat sebagai menghormati para “Yang Berhormat” puak UMNO/BN.
Khabarnya, lebih ramai lagi para YB-YB Umno/Bn bersikap angkuh menolak jemputan rakyat dengan 1000 alasan yang sukar diterima rakyat setempat.
Tersebar cerita kononnya pernah sebuah kawasan Parlimen yang kuasai UMNO menjemput Wakil mereka ke kenduri “syukor’. Tapi wakil UMNO tersebut menolak dengan alasan sebok. Tiba-tiba terdengar khabar bahawa malam yang sama, wakil tersebut telah “ditangkap basah @ Khalwat” dengan seorang janda beranak satu disebuah pangsa puri dalam keadaan yang memalukan!! Begitulah contoh “kesebokan” wakil kepada rakyat penyokong UMNO!!
Kini Dr. Mahathir memberi pelbagai amaran kepada wakil-wakil rakyat puak UMNO/BN supaya menghampiri rakyat. Malangnya saranan itu tidak lebih umpama ‘menyiram air ke daun keladi’ saja. Samalah seperti menyarankan supaya Mahathir sendiri berhenti dari melakukan Rasuah, Pecah amanah, langgar peraturan Parlimen, berhenti dari bersikap zalim dan berhenti dari merapek seperti insan sewel!!
Rakyat sudah tahu bahawa budaya UMNO/BN begitulah adanya!! Menjadi wakil rakyat UMNO/BN adalah ‘paspot’ yang menghalalkan wakil-wakil terbabit melakukan sebarang kerja maksiat dan kerja kotor-jijik semahu nafsu.
Apa nak dikatakan, segala-galanya bermula kerana “kepala ikan” itu sendiri yang membusok. Maka keseluruhan ikan itu sudah wajar dibuang saja. Analogi “Ling Leong Sik” ini kian ketara sekarang. Mungkin sindiran Leong Sik itulah yang sedang menular hebat mengkecundang dan merosakkan institusi kepimpinan UMNO/BN.
Baru 3 minggu Terengganu ditadbir oleh PAS, maka rakyat sudah mulai melihat kerja dan urusan pemerentah PAS disana. Rakyat nampak bagaimana sukarnya PAS merungkai dan menangani 1001 permasalahan yang telah dipesong dan diselewengkan oleh pentadbiran Wan Mokhtar.
Dalam masa terdekat, kerajaan PAS di Terengganu akan dihujani oleh permohonan Pelabur-pelabur antarabangsa. Kita akan melihat sedikit masa lagi, siri penyelewengan dan rasuah serta pecah amanah yang lakukan oleh bekas MB Wan Mokhtar selama 24 tahun mentadbir Terengganu!!
Rakyat mahu dengar siapa yang akan diheret ke mahkamah!! Nampaknya UMNO/BN tidak akan lama bertahan. Tahun 2004 mungkin UMNO/BN tinggal dalam lipatan sejarah!!
Mohd. Kassim Hj. Sallihin
Kuala Terengganu.