SUMBANGAN DERMA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG KERINCHISeramai 55 keluarga dari Kawasan "B", Kampung Kerinchi telah kehilangan rumah mereka akibat dari kebakaran yang berlaku pada jam 3.00 am, Ahad ( 19 December 1999) lalu. Penduduk-penduduk yang terlibat terpaksa bertinggal sementara di Dewan Sekeolah Menengah Sri Pantai , Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur dalam keadaan yang serba kekurangan kerana semua harta benda dan rumah mereka telah hangus dibakar akibat dari kebakaran tersebut. Kampung Kerinchi adalah satu penempatan kampung Melayu yang telah diterokai oleh peneroka petani miskin yang berasal datang dari kawasan luar bandar pada 30 tahun yang lalu. Mereka diseru dan dialu-alukan oleh pihak berkuasa agar memberikan sumbagan tenaga buruh mereka kapada pembagunan ibu kota Kuala Lumpur serta meneroka tempat yang masih terbiar untuk penempatan. Namun, mereka masih menetap sebagai "setinggan" dan bekerja sebagai kaum buruh yang tidak mampu memiliki tanah dan rumah sendiri serta berkerja dengan pendapatan rendah sehinggan hari ini. Justeru itu, kebakaran tersebut adalah suatu yang amat malang pada mereka di mana Hari Raya Aldifitri yang sudah hampir serta penggal persekolahan anak-anaka akan bermula tidak lama lagi. Setakat ini, pihak kebajikan kerajaan hanya janji membekalkan bantuan makanan sehingga 26 December 1999. Walaupun , pelbagai bantuan telah dihulurkan dari pelbagai pihak , namun, bantuan kewangan, makanan, barangan lain masih amat diperlukan dengan segera. Sumbangan kewangan amatlah diperlukan, khasnya untuk kos pembinaan rumah yang amat mahal.
PELBAGAI BANTUAN YANG PERLUKAN:
SEMUA SUMBAGAN BOLEH DISERAHKAN KEPADA:
2) Untuk sumbagan kewangan :
Sila debitkan sumbagan tersebut ke dalam bank
tersebut:
Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi:
Untuk rujukan liputan berita kes kebakaran tersebut,
sila rujuk kepada: Catatan : Mangsa ini adalah kebanyakkannya penyokong Barisan Alternatif |