|
Ng Boon Hooi, wartawan malaysiakini.com 3pm, SEL: Anggota majlis mesyuarat kerajaan (exco) Terengganu dan juga Ahli
Parlimen Dungun, Mustafa Ali, menafikan laporan akhbar yang menyebutkan beliau
dan Menteri Besar Abdul Hadi Mustafa memberitahu malaysiakini petang tadi bahawa laporan itu tidak berasas sama sekali dan "100 peratus tidak benar." "Kami tidak tahu dari mana akhbar mengambil cerita itu," katanya. "Kami masih lagi penat bertanding dalam pilihan raya," tambahnya. "Bagaimana mungkin kami berkempen semula untuk dua lagi pilihan raya kecil?" Sabtu lalu, sebuah akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian, melaporkan di halaman depan kemungkinan Hadi dan Mustafa meletakkan jawatan ahli parlimen masing-masing bagi menumpukan perhatian hal-ehwal pentadbiran negeri. Laporan itu memetik sumber-sumber sebagai berkata bahawa PAS berhasrat
mencalonkan tokoh ulama Dr Haron Din bagi kawasan parlimen Marang, sementara
bekas pensyarah Universiti Islam Menurut laporan itu lagi, pemilihan tokoh-tokoh berpendidikan Islam itu bertujuan meningkatkan penyertaan ulama PAS di peringkat Dewan Rakyat. Spekulasi tentang hal itu semakin meluas semalam apabila hanya Hadi dan Mustafa tidak menghadiri sidang pertama Dewan Rakyat dan majlis mengangkat sumpah seramai 193 anggota dewan. Bagaimanapun, sumber-sumber dalam PAS menjelaskan kedua-duanya tidak dapat hadir di sidang itu kerana terpaksa menghadiri sidang dewan undangan negeri di Kuala Terengganu. Sementara itu, pembentangan belanjawan Terengganu, yang diumumkan hari ini, menjangkakan lebihan RM8.475 juta atau 1.22 peratus daripada pendapatan yang dijangkakan. Abdul Hadi yang membentangkan belanjawan itu di sidang pertama Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, berkata hasil pendapatan dari royalti petroleum dan gas adalah sumber terbesar pendapatan kerajaan negeri, sebanyak RM530 juta. "Prospek ekonomi Terengganu bagi tahun 2000 dianggarkan mengalami pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus," jelasnya. Hadi juga menjelaskan memandangkan kerajaan Barisan Nasional meninggalkan beban hutang lebih RM731.334 juta, kerajaan PAS akan menubuhkan satu jawatankuasa hisbah untuk menilai semula sistem pentadbiran kerajaan negeri. Usaha ini termasuklah menyusun semula peranan dan tugas badan-badan berkanun bagi mengurangkan perbelanjaan. Selain itu, kerajaan negeri jua akan membuka semula permohonan untuk mendapatkan tanah bagi tempat kediaman dan tujuan-tujuan komersial |