RAKYAT TERENGGANU TIDAK KELIRU SAMASEKALI MENGENAI ISU TOLAlangkah bahalolnya tajuk di mukasurat 3 Utusan Malaysia ( UM ) hari ini yang
berbunyi " Tol:Rakyat keliru pendirian Terengganu ".
Saya kurang jelas rakyat mana yang dimaksudkan oleh UM; rakyat Malaysia ke
atau rakyat Terengganu. Kalau nak kata rakyat Malaysia, berita itu dilaporkan
dari Terengganu. Kalau nak kata rakyat Terengganu, kenapa tidak dituliskan
dengan jelas seperti ini " Tol: Rakyat Terengganu Saya tidak hairan kalau rakyat Malaysia di luar Terengganu keliru mengenai
isu tol projek LPT kerana mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang
dijanjikan oleh Pas semasa pilihanraya baru-baru ini. Hanya rakyat Terengganu
sahaja yang tahu janji-janji Pas. Pas hanya berjanji untuk
Pas tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol di lebuhraya yang akan dibina oleh kerajaan pusat kerana ianya di luar kuasa kerajaan negeri apatah lagi untuk membantah perlaksanaan tol di dalam projek LPT yang telah dirancangkan oleh kerajaan pusat. Kerajaan Pas memang membantah jika tol dikenakan kepada pengguna LPT tetapi pengutip tol negara nombor satu Samy Vellu sudah pun memberi amaran bahawa LPT akan hanya dibina sehingga ke Kuantan sahaja sekiranya kerajaan Pas Terengganu tidak bersetuju tol dikenakan. Yang siSamy Vellu bangang ni tak sedar ialah rakyat Terengganu dan Kelantan juga membayar berbagai-bagai cukai kepada kerajaan pusat seperti cukai pendapatan, cukai jalan, lesen kereta, zakat pendapatan dan sebagainya. Maknanya, LPT akan dibina atas duit rakyat seluruh Malaysia, bukannya dari duit Samy Vellu saorang. Apa yang Tuan Guru Haji Hadi boleh buat sekiranya tol mahu dikenakan juga oleh kerajaan pusat untuk projek LPT yang memang sudah dirancangkan oleh kerajaan pusat? Mungkin Samy Vellu boleh mencadangkan kepada Mahashit supaya memulangkan balik duit Petronas sebanyak 1.8 billion ringgit yang digunakan untuk menyelamatkan syarikat perkapalan Mirzan kepada kerajaan negeri Terengganu dan duit ini bolehlah digunakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk membina LPT tanpa tol. Saya ingin mengingatkan Samy Vellu sekali lagi kalau nak buat LPT buat sajalah setakat mana yang anda mahu. Kalau nak buat sampai Kuala Terengganu ke atau Kuantan ke, nak kenakan tol ke atau tidak atau nak batalkan saja LPT pun rakyat Terengganu tak kisah. Kita masih boleh sampai ke Kuala Lumpur dengan melalui lebuhraya Karak atau melalui Kuantan-Muadzam Shah-Kuala Pilah-Seremban. Rakyat Terengganu yang majoritinya orang Islam lebih suka kepada pemerintah yang tidak membazir, tidak memfitnah, tidak menghina Nabi, tidak menghina agama Islam dan yang boleh mengimamkan sembahyang. Hati rakyat Terengganu lebih tenang dengan pemimpin yang sedemikian biar pun terpaksa 'makan nasi dengan sambal belacan'. Kesimpulannya, rakyat Terengganu tidak keliru samasekali mengenai isu tol
LPT. REFORMIST BATU BUROK |