KERANG MUNCUL DI PANTAI DUNGUN

DUNGUN, - Apabila tiba musim tengkujuh penduduk yang tinggal di persisiran pantai di negeri ini diselubungi kebimbangan dan kegelisahan tetapi keadaan itu berbeza bagi penduduk di persisiran pantai Dungun.

Musim tengkujuh tahun ini membawa rezeki dan hasil pendapatan yang lumayan kepada mereka iaitu kerang.

Biasanya harga sekilo kerang di pasar dijual antara RM1 dan RM1.50 tetapi ia kini didapati dengan mudah dan percuma dari laut yang bergelora yang membawa hasil laut itu ke pantai.

kejadian seperti ini tidak kerap berlaku boleh dikatakan lapan tahun lepas inilah kali pertama melihat begitu banyak kerang yang timbul di pantai. Remis tu adalah tapi taklah banyak sangat.

Orang ramai hanya perlu membawa bakul atau jaring untuk menyeduk pasir di pantai Dungun kemudian menunggu ombak laut menghempas tebing dan kerang itu akan masuk ke dalam bakul atau tersangkut di jaring yang dipasang itu.

Biasanya seseorang dapat mengumpul berpuluh kilo kerang dalam masa beberapa jam sahaja.

Kerang itu muncul dengan banyaknya di pantai itu sejak dua hari lepas dan orang ramai yang mengetahui mengenai keadaan itu telah berpusu-pusu datang ke pantai berkenaan.

Dua hari lepas kebetulan Tok Ayah berbuka puasa di rumah Mak Saudara di Sura Hujung. Kebetulan anak emak saudara Tok Ayah dah pun mengutip kerang tu. Banyak juga dapat, lebih kurang 1 guni gula (besar). Tok Ayah ambil sedikit, buat masak sahur.

Antara kampung yang banyak terdapat kerang ialah sepanjang Kampung Sura Hujung, Kampung Sura Tengah dan Kampung Teluk Lipat.

Kehadiran kerang memberi rezeki tambahan kepada penduduk sekitar terutamanya dalam persiapan untuk menghadapi hari raya.

Kerang yang diperolehi dijual kepada penduduk sekitar atau peraih yang menunggu di pantai dengan harga RM1 bagi setiap tiga kilogram.

Pihak Polis daerah Dungun pula menasihatkan orang ramai yang mencari kerang supaya berhati-hati tentang keselamatan mereka memandangkan ombak besar di musim tengkujuh.

Komen Tok Ayah : Banyak kali juga kejadian seperti ini berlaku, seperti dulu sotong naik begitu banyak sekali pada bulan puasa juga. Masa Tok Ayah kecik dulu, udang baring, tak salah ikan pun ada.