Peguam utama Anwar,
Christopher Fernando memberitahu pemberita di luar Mahkamah Tinggi
di sini, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Arifin Jaka di dalam
kamarnya semasa temujanji dengan pembelaan dan pendakwaan hari ini.
Fernando berkata dalam temujanji yang memakan masa lebih
sejam itu, Arifin memutuskan supaya perbicaraan kes itu dijalankan
mulai tarikh berkenaan sehingga selesai.
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Rozilah Salleh ketika dihubungi, mengesahkan perkara
itu.
Anwar, 52, dan Sukma, 38, sedang menghadapi tuduhan
meliwat Azizan Abu Bakar, 39, di apartmen Sukma di Tivoli Villa,
Bangsar di sini pada suatu malam, pukul 7.45, antara Januari dan Mac
1993.
Sukma, seorang ahli perniagaan juga didakwa bersubahat
dengan bekas menteri kewangan itu untuk meliwat Azizan, bekas
pemandu peribadi isteri Anwar, di tempat dan pada masa yang sama.
Pendakwaan diwakili Timbalan Kanan Pendakwa raya Datuk Abdul
Ghani Patail dan Datuk Azahar Mohamad, Anwar oleh Fernando dan
Pawancheek Merican manakalaEric Paulson bagi pihak Sukma.