EXCO PAS BERKHUTBAH BUKAN BACA TEKS KHUTBAH

Hari ini saya berkesempatan untuk menunaikan Fardhu Jumaat di Masjid Sultan Ahmad,Cukai, Kemaman. Imam Besar Masjid mengumumkan bahawa khutbah Jumaat hari ini akan disampaikan oleh YB Al-Fadhil Ustaz Awang Dagang, wakil rakyat kawasan ADUN Cukai . YB Ustaz Awang Dagang merupakan giant killer yang telah menjatuhkan Tan Sri Wan Mokhtar ( Ayah Wang ) setelah 25 berkuasa. Beliau kini telah dilantik sebagai EXCO Hal Ehwal Wanita Dan Bukan Islam.

Hari ini juga merupakan satu sejarah bagi saya kerana dapat mengikuti seorang ahli EXCO berkhutbah bukan membaca khutbah. Isi kandungannya berkisar kepada keagungan AL-Quran mengambil sempena Hari Nuzul Quran. Tanpa berpandukan kepada teks, YB Ustaz dengan lancar dan jelas membacakan dan mentafsirkan beberapa ayat Al-Quran dan Hadith yang menyeru umat manusia taat kepada perintah Allah dan juga kebesaran bulan Ramadhan Almubarak. Tidak ada beza diantara yang miskin dan kaya, pemimpin dan rakyat, kulit putih dan kulit hitam, cuma yang beza disisi Allah ialah Ketaqwaan dengan memberi contoh yang jelas kepada peristiwa Bilal Bin Rabah ( tukang Azan ) seorang kulit hitam Afrika yang mendapat kemuliaan disisi Allah SWT.

Beruntunglah rakyat Terengganu dan Kelantan yang kini dipimpin oleh golongan ulamak semuga sinar dan keagungan Islam dapat ditonjolkan sebagai ugama Addin, ugama untuk manusia sejagat. Dan Insya Allah arus kebangkitan Islam ini akan dapat menjalar di bumi Malaysia sekiranya amanah yang dipegang oleh pemimpin serta rakyat Terengganu dan Kelantan dapat dijalan berpandukan kepada Al-Quran Dan Hadith.

Takbir, Allahuakbar

Ardza