Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Komentar Berita perihal Musa Bahlol al Baghdadi

Menteri akui kelemahan dalam sistem pendidikan-------

Pakar diarah adakan kajian semula secara menyeluruh..

KUALA LUMPUR -- Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad, mengakui memang ada rungutan dan aduan yang berasas mengenai sistem pendidikan kebangsaan Malaysia dan langkah-langkah perlu diambil bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara itu.

Menurut Tan Sri Musa, aduan berkenaan termasuklah guru-guru yang tidak mempunyai moral dan etika keguruan, pengetua yang tidak cergas dan tidak inovatif, para pelajar yang tidak berdisiplin, kelas yang terlalu sesak, nisbah guru murid yang tidak memuaskan, kurikulum yang tidak relevan dan sekolah desa yang serba kekurangan.

Nisbah guru tak seimbang, tetapi maktab perguruan terdapat dimerata rata negeri. Ada guru yang lepas maktab menganggur kerana sistem posting yang tidak berkesan.>

Aduan-aduan tersebut, kata beliau, menunjukkan secara langsung atau tidak bahawa sistem pendidikan negara itu tidak sihat dari pelbagai aspek.

Mengapa bila Musa jadi Menteri saja aduan aduan ni muncul? Ada agenda lain agaknya....>

Musa berkata lagi,........

"Ada banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan mutu supaya proses pendemokrasian pendidikan dapat benar-benar dicapai," ujar beliau.

Yang paling bahlol dan tolol dalam sejarah pendidikan ialah mengubah dasar bahasa baku. Inilah sebenarnya kerja memusingkan jarum jam kebelakang. Sebagai bekas birokrat yang jauh tertinggal dalam aspek aspek pendidikan per se, Musa Bahlol sepatutnya tidak merosakkan aliran dan perkembangan bahasa baku.......gara gara menghalang pengaruh Anwar, sistem bahasa jadi lingkup.......sesungguhnya generasi 2000 akan menyumpah Musa dan kesemua pemimpin UMNO yang mempolitikkan pendidikan!>




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com