Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pukulan Terakhir Kuli

Umur Ku Li sudah menjangkau pertengahan 60an. Jika Mei tidak di lakukan sesuatu nama Ku Li boleh jadi tinggal sejarah sahaja dalam annal politik Melayu.Kempunan tidak dapat mencapai cita-cita politiknya. Ku Li bukanlah bystander nor the Ghurkha. Jiwa Ku Li bukan jiwa ghurkha, walaupun dia lafaz begitu. Mana ada ghurkha sanggup jadi ketua UMNO Kelantan. Sebab itu dia sebahasa dengan Tun Ghaffar mengenai pemilihan UMNO Mei ini.

Ku Li tidak mahu lihat diktatorship dalam politik UMNO. Beliau mahu demokrasi. Sebab itulah dia tinggalkan istana. Dia seorang yang mahu jawatan secara pertandingan. Cara istana tidak perlu pertandingan. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah bukan jawatan istana atau raja yang tidak boleh diusik. Presiden sekarang mahu jadi rajakah? Ini yang Ku Li tanya, gamaknya.

Mahu tak mahu Ku Li akan buat kejutan nanti mengenai keputusan pertandingan, sebab dia masih lagi ada jantan. Ku Li dah biasa jatuh bangun, kalau pun jatuh lagi kali ini dia puas sebab jiwanya adalah jiwa perjuangan. Ku Li tidak boleh tengok saja jawatan UMNO dipusakai seperti Fieldo Castro, Saddam Hussein dan lain-lain puak komunis mempusakai jawatan mereka hingga akhir hayat.

Budaya pegang jawatan hingga akhir hayat dengan menghalang pemilihan adalah budaya Castro, Al Gadaffi, al Saddam dan lain2 yang sewaktu dengannya.

Oleh itu Ku Li, janganlah lagi kata"saya ni tak penting", "saya ghurkha". Kalau betul pak ku tak penting dan ghurkha, adalah terlebih baik pak ku buka tanah bersama suku sakat asli di Gua Musang.

al Jingga




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com