Perdana Menteri turut mengikat tali sebagai tanda kesyukuran pada pergelangan tangan seorang bayi yang berusia lapan hari,
Murad Abdul Aziz iaitu anak seorang penduduk tempatan.
Ulama diminta sekat ajaran bertentangan
JITRA 5 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, meminta para ulama menyekat penyebaran ajaran yang
kononnya dibawa oleh tokoh agama tetapi bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan antara mazhab dalam agama Islam tetapi ada juga pihak yang mengamalkan ajaran
yang sama sekali bertentangan dengan Islam.
Katanya, ada di antara mereka yang mengaku sebagai Imam Mahadi dan ada juga yang mengkafirkan umat Islam lain kerana
fahaman politik yang berbeza.
''Saya harap pemimpin dan ulama kita memastikan tidak ada ajaran karut seperti ini disebarkan dalam masyarakat kita,''
katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Bukit, Hosba dekat sini hari ini. DR. MAHATHIR mengikat tali pada tangan bayi yang berusia lapan hari, anak seorang penduduk Kampung Bukit Wang Perah Hosba dekat Jitra semalam.
Dipetik daripada Laman Reformasi (Mahazalim)