Pelancongan : Tonjol imej IslamKUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli meminta pihak yang terlibat dengan industri pelancongan dapat menonjolkan imej Islam. Sehubungan itu, katanya kehadiran beliau dalam program anjuran pihak berkenaan berkaitan industri itu mestilah tiada arak dan wanita berpakaian sopan selaras dengan dasar kerajaan negeri yang dikuasai PAS. "Aktiviti yang dijalankan mestilah menampakkan imej Islam," katanya. Pada majlis makan malam dan penyampaian hadiah kepada 255 peserta International Rainforest Challenge '99 dari 23 negara di Kijal baru-baru ini, beliau hadir selaku penyampai hadiah utama. Ini kerana majlis itu tidak terdapat arak dan wanita berpakaian sopan. |