KUALA TERENGGANU, 24 Dis - AMARAN KATEGORI PERTAMA
Angin kencang timur laut 50-60 kmsj yang berlaku sekarang di perairan Terengganu, Pahang dan Johor Timur, dan 40-50 kmsj di perairan Sarawak dijangka berterusan sehingga pukul 8.00 malam Jumaat (24 Dis. 1999). Laut bergelora dengan ombak signifikan mencapai ketinggian 4.0 meter dijangka berlaku sepanjang tempoh di atas.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan aktiviti di kawasan pantai.
AMARAN INI DIKELUARKAN OLEH : Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia
(JPKM)