Assalamualaikum, Selamat Sejahtera ,
Sila Lihat Gambar dibawah :-
Sila perhatikan betul-betul , bulatan merah bertanda "1" dan "2"
Bulatan bertanda 1
Catcha mempunyai Laman yang mengandungi berita tentang keputusan
loteri, Yang mana , hampir semua mukalaman di Catcha membuat tudingan
(link) ke mukalaman loteri tersebut.
Bulatan bertanda 2
Ditulis "provided by" [logo JAKIM] , menunjukkan JAKIM memberi maklumat
tentang waktu berbuka puasa kepada Cactha. Bagaimana meraka 'deal' Saya
tidak tahu.
Ini menunjukkan "Ada Link ke Mukalaman Loteri daripada Mukalaman 'Waktu Berbuka Puasa'"
Persoalan yang timbul
Adakah pihak JAKIM tidak periksa tentang data yang diberikan kepada cactha
itu mempunyai tudingan ke mukalaman Judi ?
Mengapakah tiada tertulis seperti "Berjudi adalah Haram didalam Islam"
Di Mukalaman loteri Catcha ?
Jika mereka tidak tahu , Mengapa JAKIM yang terang terang berurusan dengan
Catcha tidak menegurnya?
Mengapa perlu Catcha yang membawa imej Malaysia mempunyai semua mukalaman
yang membuat tudingan ke mukalaman Loteri itu, sedangkan Yahoo, lycos
yang nyata budaya baratnya tidak membuat sebegitu.
Komen Tok Ayah : Wallahualam.....fikir sendirilah
Dipetik daripada http://ku.rindu.net/