KUALA TERENGGANU, - Kerajaan PAS telah mula merombak urusan pentadbiran agama Islam negeri bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja yang memegangnya bukan atas kepentingan politik.
Kerajaan negeri telah menggantikan anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Mereka yang terlibat ialah bekas anggota Exco Datuk Yusof Nor, bekas Speaker Datuk Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Mufti Datuk Zubir Awang dan bekas ketua bahagian sekolah-sekolah agama Datuk Engku Embong Abdul Kadir.
Pertukaran ini adalah perkara biasa dan urusan pentadbiran.