Sdr Editor,
Laporan akhbar UM bertarikh 22.12.99 melapurkan hasrat kerajaan negeri Kelantan mengambil alih MAIK dan SPN disokong sepenuhnya. Sudah lama dua badan ini dinaungi istana. Fungsinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini cukup memilukan umat Islam. Tiada siapa berani mendedahkan perkara ini kerana takut dengan istana.
Selama ini Kerajaan negeri tidak dapat berbuat apa apa kerana kuasa undang undang memang memperuntukkan kedua dua badan ini di bawah kuasa istana. sekarang sampailah masanya apabila PAS dan PKN yang menguasai dua per tiga suara di DUN untuk meminda peruntukan undang undang. Samada perkara ini berjaya dilakukan oleh kerajaan TG sama samalah kita tunggu dan lihat. Jika perkara ini tidak disegerakan banyak lagi penyelewengan, pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain lain kemungkaran akan berleluasa.
Kami, pekerja di MAIK tahu pelbagai penyelewengan yang dilakukan. Hendak didedahkah akhirnya akan terkena kerajaan Tuan Guru. Sedangkan kerajaan negeri tiada kuasa. Semasa PAS bersama S46 perkara ini sukar dipinda kerana Tg. Razaleigh sentiasa menghalang. Kini tibalah masanya segala kebatilan dihapuskan dan kebenaran ditegakkan.
Di sini saya berikan beberapa contoh penyelewengan yang jelas dilakukan oleh istana.
1.Pada tahun 98 beberapa 70 buah rumah rakyat telah dirobohkan di Kg. Banggul Kota Bharu atas arahan istana dengan alasan kononnya tapak tersebut akan digunakan untuk projek IPT yang akan diswastakan kepada towkey Cina. Wakil rakyat PAS kawasan itu (Ustaz Halim) hanya mampu menggeleng kepala saja kerana arahan istana. Tiada sebarang pampasan diberikan serta notis pindah tidak diberikan. Semasa dirobohkan ramai penduduk tidak sempat mengambil barang barang hak milek mereka kerana jentolak dengan ganasnya menolak rumah rumah tersebut dengan dibantu samseng dan juga dilindungi polis. Wartawan dan juru gambar dilarang oleh SB untuk membuat lapuran atau mengambil gambar.
Kes tersebut berjaya didiamkan. Tapi orang K.Bharu semua tahu tapi sekadar menelan air liur saja. Anihnya hingga kini tiada apa apa projek pun yang didirikan selepas hampir 2 tahun rumah rumah tersebut dirobohkan.
2. Empat tahun lalu MAIK telah bertindak secara paksa menamatkan sewaan bangunannya di Jalan Padang Garung (dekat Dataran MPKB). Ketika itu bangunan tersebut disewa oleh beberapa orang pengusaha kecil Melayu. Oleh kerana kedudukannya yang begitu strategik di bandar K.Bharu ramai pengusaha berminat untuk menyewanya. Sebuah syarikat koporat yang disenarai di BSKL telah menggunakan bebarapa orang ahli lembaga pengarahnya yang 'ada cable'dengan istana berjaya mengambil alih bangunan tersebut. Pengusaha asal telah dihalau dengan zalim. MAIK telah menggunakan beberapa orang samseng yang di ketuai oleh seorang yang bernama Yusof Ali (bekas pegawai PTG). Kumpulan ini memagar seluruh bangunan untuk menghalang pengusaha lama memasukki bangunan untuk mengambil barang barang kepunyaan mereka. Tiada sebarang pampasan diberikan. Difahamkan syarikat tersebut kini mengalami masalah kewangan kerana setelah 4 tahun berlalu mereka masih gagal menyiapkan ubahsuai bangunan tersebut. Akibatnya selama lebih 4 tahun MAIK mengalami kerugian tanpa hasil sewa. Ini disebabkan bayaran sewa tidak dibayar kerana syarikat tersebut masih belum memulakan perniagaan kerana dalam proses ubah suai.
3. Sebaik saja kemenangan APU dalam tahun 1990 MAIK telah membangunkan sederet bangunan di Jalan Tok Hakim. Lokasinya sangat strategik. Ramai pengusaha kecil Melayu berminat tetapi akhirnya disewakan kepada pengusaha Cina untuk dibuat sebuah pasar raya. Sungguh pun penduduk Kelantan sebahagian besarnya Melayu / Islam tetapi umat Islam jarang yang dapat menyewa di bangunan yang strategik. Keadaan menjadi lebih parah dan hina bila bulan puasa, ada yang sampai bergaduh kerana berebut tapak untuk berniaga di kaki lima dan tepi jalan seolah olah mereka adalah pendatang asing. Manakala orang bukan melayu berniaga di gedong gedong besar.
4. Baru baru ini atas minat istana MAIK telah melaksanakan projek membela burung unta dan rusa di jajahan Pasir Mas. Kononnya untuk tarik pelancong. Mana ada pelancong datang nak melawat burung unta dan tengok rusa. Projek pelaboran itu hanya membazirkan wang MAIK kerana projek tersebut tidak berdaya maju dan mengalami kerugian tetapi terpaksa diteruskan kerana memenuhi minat istana.
Banyak lagi contoh pembaziran dan penyelewengan wang MAIK telah berlaku sekian lama dan kalau nak disenaraikan jemu kita membacanya. Hentikanlah kemungkaran ini.
Kami kakitangan MAIK terutamanya di peringkat rendah menggesa kerajaan Tuan Guru segera meminda perlembagaan dengan meletakan MAIK di bawah kerajaan negeri dan akhirnya pentadbiran dapat diselaraskan. Yang paling menyedihkan walaupun kami semua kakitangan kerajaan negeri tapi terpaksa bekerja 6 hari sedangkan orang lain 5 hari seminggu. Angkara ini adalah kerana sikap angkuh dan pembodek pegawai atasan MAIK. Satu perkara yang memalukan umat Islam ialah kerana ada di antara bekas YDP MAIK kaki laga ayam. Ini bukan fitnah kerana semua orang Kelantan tahu hai ini. Sudah menjadi 'rahsia umum'.
"Membangun Bersama Islam" dan "Islam Boleh !!"