Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Konsert Salem Cool Planet, bukti UMNO menentang Islam

Sebagai seorang mukmin tanpa mengira bangsa, adalah berkewajipan melarang atau membantah segala kemungkaran dan kefasikan yang di lakukan oleh pemerintah kiranya ia bertentangan dengan hukum Allah.


Sebahagian Pemuda PAS yang berani membantah konsert dan pesta maksiat tersebut. - sedikit tapi berani

Keadaan ini harus kita sedar, Allah telah banyak memperingatkan kepada kita tentang bahayanya rancangan Yahudi terhadap pembangunan ummah di bumi Allah ini.

Orang yang Yahudi tidak akan reda atau senang selagi orang beriman tidak memasuki agama mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan tidak akan reda kepadamu orang-orang Yahudi dan Nasrani, sehingga kamu mengikut agama mereka." Al Baqarah: ayat 120)

Mereka Yahudi, kafir, fasik dan murtad ini akan meresai kurang senang kalau orang beriman mendapat kebaikan dari Allah, ini ada disebutkan dalam Al Quran dalam surah Baqarah: 105.


Maksiat, arak menjadi tanda maju alaf baru. - anak bangsa yang rosak

Tujuan mereka menganjur konsert Salem Cool Planet dan majlis-majlis kemungkaran lain. Dari segi lahirian konsert ini adalah bertujuan baik untuk meraikan kedatangan tahun 2000. Tetapi apa yang sebenarnya akan dipertunjukkan kepada kita satu penghinaan terhadap secucian agama Islam. Inilah buktinya kerajaan yang dipimpin oleh BN/Umno masih bersikap angkuh dengan Allah.

Penentang-penentang Islam sentiasa mencari jalan agar dapat memadamkan cahaya Allah di muka bumi ini dengan ,memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang bercorak kemaksiatan. Dengan ini adalah diharapkan oleh mereka, iman ummat Islam akan berkurangan, dari beriman kepada kesesatan. Dengan itu bebaslah bagi mereka meneruruskan agenda mereka untuk meneruskan berkuasa di bumi Allah ini. Allah berfirman yang bermaksud:

"mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka." (al-Taubah ayat 32)

Golongan ini juga akan tetap meneruskan dasar perjuangan mereka untuk memusuhi dan memerangi Gerakan Islam dengan pelbagai cara. Garakan Islam akan disekat dan dihalang daripada berdakwah dan menyampai Islam kepada masyarakat. Segala media akan dikawal ketat. Kalau ada peluang diharam sama sekali daripada diedarkan. Sebagai contoh kini kita dapat melihat sendiri, media rasmi Pas Harakah, kini sedang diusahakan untuk diharamkan. Pelbagai sekatan, ugutan, dan tindakan diambil bagi menyekat Harakah daripada dibaca oleh orang ramai. Tetapi Harakah masih terus diminati oleh cerdekk pandai.

Demikian juga apa yang berlaku terhadap pendakwah Pas, mereka dituduh menghasut, membawa fitnah, dan membawa ajaran sesat. Tapi yang lebih menyesatkan ialah Umno, mereka tidak berusaha menghapuskan gejala murtad, rasuh, kemungkaran, dan kefasikan yang sedang menyerang masyarakat Islam. Segala serang tersebut banyak tertumpu kepada gerakan Islam.

Kini kita dapat lihat sendiri, di depan mata, betapa sombongnya UMNO, setelah berjaya mengekalkan kuasa, masih terus meusuhi gerakan Islam malah dengan lebih keras lagi seperti yang diakui oleh Pemimpin Umno.


Berpelukan tanpa segan silu. - anak bangsa banggaan UMNO

Inilah sifat penentang-penentang Islam yang sering memerangi orang beriman. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan mereka(orang Kafir)sering memerangi kamu (beriman), sehingga kamu murtad dari agamamu. jika mereka sanggup." (al-Baqarah ayat 217)

Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir itu akan membelanjakan harta-harta mereka bagi menghalang (manusia) dari jalan Allah." (al Anfal:36)

Golongan ini juga banyak menganjurkan Peperangan idealogi terhadap ummat Islam di seluruh dunia tidak ketinggalan di Malaysia. Mereka menanamkan ideaogi baru dalam pasaran fikiran manusia dengan mencacatkan Islam seperti kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dll.

Usaha menghancurkan Islam berterusan dan berperingkat-peringkat. Umat Islam ditanam rasa kirang minat terhadap ajaran Islam. Pendidikan agama dikurangkan diperingkat sekolah. Sebelah petang biasanya pelajar berpeluang untuk belajar agama dan al-Quran kini telah dipenuhi dengan kegiatan kokurikulum, ini bertujuan menyekat sinar Islam diri berkemang di kalangan pelajar-pelajar.

Media massa terutama TV dipenuhkan program maksiat dan kemungkaran. Kadangkala majlis maksiat dinama kepada majlis kebajikan. Majlis untuk kebajiakan atau bantuan anak yatim, disulam dengan konsert untuk tujuan kebajikan. Dalam usaha memburukan Islam agenda memburuk-buruk Gerakkan diteruskan dengan memfitnah sebagai fanatik Islam, kumpulan pelampau, kompulan ajaran sesat dan banyak lagi fitnah yang dilemparkan kepada gerakan Islam, ini semua bertujuan membina fikiran masyarakat Islam agar bencikan gerakan Islam, sekali gus menentang gerakan Islam.


Menari tanpa sedar di pesta alaf baru di Terminal One, Subang - UMNO memang mahukan ini, supaya mudah ia menipu rakyat yang lalai.

sedangkan apa yang sering disuarakan oleh gerakan Islam ialah kecintaan kepada Islam, Rasulullah dan ajaran yang dibawanya ke arah kesempurnaan iman.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada dua ibu bapanya dan anak isterinya dari semua manusia." (al Bukhari)

Wassalam.

Pak Teh Derga




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com