Tak ada siapa yang menduga Terengganu akan jatuh ke tangan PAS. Tak ada siapa..!! Seminggu sebelum hari itu, Wan Mokhtar bercakap di RTM dengan wajah bangga bermegah, menceritakan betapa hebatnya pemerintahan UMNO/BN selama beliau menjawat jawatan MB.
Kononnya, sejak UMNO/BN dibawah pimpinan “Dr. MahaKARUT” dan beliau sendiri “UlarMak MahaRAKUS”; rakyat Terengganu mewah, Pembangunan pesat. Ini mesti… dan mesti diteruskan. Yang paling sesuai melaksanakan segala perancangan hanyalah kerajaan dibawah kepimpinan UMNO/BN. Kerajaan sekarang wajib diberi sokongan oleh rakyat. Mereka saja yang paling layak dan berkemampuan.
Aduhai…!! Bila ditanya bagaimana respon rakyat terhadap kepimpinan beliau; Wan Mokhtar dengan nada yakin sambil tersengeh cuma nampak gusi saja (giginya memang dah reput habis) – menjawab, “Tak ada masalah. Segala jentera pilihanraya adalah mantap, tersusun dan berkemampuan tinggi. Nampaknya UMNO/BN akan terus menerajui Terengganu…Hehehehe…”.
Pada 7.45 malam 29 Nov. itu, Wan Mokhtar sedang dikerumuni oleh wakil- wakil calun UMNO yang bertanding. Deringan telefon terdengar. Calon pertama bersorak bangga …”Woo!! Kita dah gondol satu!!”. Waktu itu Wan Mokhtar sedang menghirup kopi tanpa gula (Wan Mokhtar diabetik). Mukanya selamba. Konfiden!!
Selang 3 minit, telefon berdering lagi. Muka wakil terbabit, nampak muram saja. Tiga calon pertama …TUMBANG antan!! Lingkop!!
Telefon bergugus lagi. Muka-muka puak UMNO semuanya muram!! Wan Mokhtar masok bersolat. Diikuti oleh beberapa orang lain. Lama sekali mereka berdoa!! Hampir setengah jam kemudian mereka keluar!!
“Amacam sekarang?” Tanya seorang yang baru solat sunat Hajat.
Menjawab seorang sambil berbisik, “Siapa sanggup bagi tau Tok Wan?”
“Kenapa?” tanya seorang lagi.
“Setakat ni, PAS dah lebih 50%. Wan Mokhtar tumbang, Yussof
Nor…habis!! Ramai puak kitya yang kandas!!” kata orang itu.
“Eh…Mana boleh!!” jawap seorang lagi!!
“Habis, nak buat camno?” tanya yang lain.
“Mesti kira semula…. Kata, itu arahan MB..!!” arah seorang yang macam
hilang akal.
Bertolaklah beberapa buah Pagero dari pekarangan ke Pusat pengiraan undi diiringi oleh beberapa kereta polis. Sebuah kereta terus ke Pejabat MB. Sampai di pintu bangunan Pegawai Keselamatan bertugas mengahalang mereka dari memasuki bangunan itu. Kata Pengawal itu, ia mendapat perintah keras dari Kerajaan Baru supaya mencegah sesiapa saja masuk ke bangunan itu – walaupun Mahathir sendiri!!
Setelah bertengkar panas, Pegawai Keselamatan itu menengjking, “Kalo dah kalah buat cara kalah lah. Apa lagi nak bising!! Habis, kira habis lah!!” sambil ia memasokkan sebutir peluru kedalam senapang patah – bersedia mempertahankan amanah tugasnya sebagai Pengawal Keselamatan harta Kerajaan!!
Pulanglah rombongan yang merasa dihalau macam anjing buruk kepala!!
Sepuloh minit kemudian, berpuloh-puloh orang datang mempertahankan pintu pejabat MB dan SUK. Masing-masing bersedia mengepung mempertahan rekod khazanah rakyat yang tersimpan didalam bangunan itu!! Waktu hampir 9.00 malam 29 Nov – hari mengundi.
“GELABAH..!! Cukup-cukup GELABAH…deme Tok…!!” berkata seorang Pengawal Keselamatan Pejabat Menteri Besar kepada seorang yang berkopiah putih!! Masing-masing ketawa berdekah sambil laungan Allahu Akbar bertalu-talu!!
Suasana kembali tenang menanti hari esok yang memancarkan sinar mentari sebuah Kerajaan Baru – KERAJAAN PAS!!
Ungku Haris Ungku Abdullah,
Kuala Terengganu. Disember 99
Pengendali RPN memohon jasabaik pengunjung untuk membantu menyebarkan URL Laman RPN ini kepada semua rakan dan taulan yang mempunyai akses ke internet selain membuat salinan untuk diedarkan kepada rakan yang tidak mempunyai kemudahan mengakses internet. Laman RPN akan terus wujud sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penulis-penulis (penyumbang) artikel yang tidak jemu-jemu menganalisa dan menulis berkaitan hal ehwal semasa. Tugas sukarela sebegini, bukanlah satu kerja yang mudah. Dan sebagai menghargai jasa mereka, marilah sama-sama kita sebarkan mengenai kewujudan laman-laman keluarga Reformasi yang menyiarkan tulisan mereka kepada seberapa ramai rakan dan sahabat yang dapat kita hubungi. Perjuangan kita masih jauh.