Kaji semula projek mega
MARANG: Kerajaan PAS Terengganu akan mengkaji semula semua
projek mega sama ada mahu diteruskan atau sebaliknya.
Menteri Besar, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau akan
mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai berkenaan berhubung perkara
itu sebelum keputusan diambil.
Tambahnya, kajian mengenai perkara itu akan dilakukan oleh pihak
berkenaan terlebih dahulu.
"Lihat kepada kajian, kalau perlu teruskan, diteruskan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika projek tersebut wajar ditangguh, maka ia
akan ditangguhkan.
|