Hindar projek megah
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi
Awang berkata, kerajaan negeri akan menghindari cara hidup bergaya.
Ini, katanya termasuk menghindari projek-projek yang mahu menunjukkan
kemegahan kerajaan.
"Projek-projek yang tunjuk megah atau bergaya, kita (kerajaan)
hindarkan," katanya ketika berucap pada suatu majlis di sini, baru-baru
ini.
Sebaliknya, kata beliau, projek yang sepatutnya didahulukan terutama
yang berkait dengan rakyat miskin akan diberikan keutamaan.
|