GANGGUAN MERCUN - PERLU TINDAKAN SIAPA ?
assalamualaikum,
saya minta maaf terlebih dahulu kerana mungkin saluran yang saya gunakan
ini kurang sesuai atau cara saya ini kurang sesuai. tetapi apakah daya hanya ini
yang termampu saya lakukan bagi menenangkan hati atau mungkin salah satu cara
penyelesaian masalah ditempat saya.
bulan ramdhan hampir dipertengahan
dan selama itu lah juga hati saya dirundung seribu serba salah, apakah yang
patut saya lakukan.
sebenarnya saya tinggal di kawasan perumahan kg
amir, alor lintang besut terengganu. di kawasan rumah saya kini semacam medan
peperangan kerana mercun dibakar dimerata tempat dan meriam buluh dicucuh
semacam membedil sesuatu tanpa mengira masa dan ketika. perkara ini saya sudah
laporkan kepada balai polis berdekatan tapi tiada tindakan diambil.
untuk pengentahuan pengarang saya mempunyai anak kecil dan hampir setiap
masa menangis dan menjerit kerana terkejut dengan kebisingan mercun dan meriam
buluh. penduduk di sini bukan nya boleh dilarang kerana ibubapa
menyebelahi mereka. jadi siapalah saya sebagai pendatang ditempat orang. masalah
ini bukannya saya seorang saja malah jiran-jiran yang mempunyai anak kecil turut
menrungut akan gangguan tersebut.
pernah sekali saya melarang
budak-budak berkenaan supaya jangan bermain mercun atau bermain ditempat lain,
tiba-tiba rumah saya dibaling dengan mercun dan saya amat terkejut dan takut
sekali kerana bimbang perkara ini akan berlanjutan. siapa tak kenal dengan orang
besut!!!..
saya harap rintihan ini akan diambil perhatian oleh kerajaan
pas yang ada sekarang walaupun saya penyokong umno sebelum ini. saya rasa tiada
saluran lain yang sesuai untuk saya membuat aduan kerana harapkan polis, polis
tak boleh diharap.
dan saya harap sekali lagi tolong sampaikan berita
ini kepada wakil rakyat daerah kg.raja besut akan masalah ini dan banyak lagi
masalah yang akan diselesaikan. sememangnya tempat kami ini penuh dengan
masalah. harap YB akan siasat sendiri...
sekian.
ms
penduduk kg.amir, alor lintang, besut, terengganu
Catatan : Nama sebenar pengirim ini ada dengan Dewan Pemuda.
|