KUALA LUMPUR, 22 Jan - Umno akan menerbitkan semula akhbarnya "Merdeka" secepat mungkin bagi menyalurkan maklumat secara lebih jelas dan berkesan tentang parti itu kepada anggotanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata akhbar parti itu akan diberikan nama baru yang akan diumumkan kelak.
"Ia satu saluran penting untuk menyampaikan maklumat dan pandangan serta pendirian tentang pelbagai isu...Ia perlu kerana banyak perkara yang dihadapi perlu disampaikan dan dimuatkan khusus berkaitan politik Umno yang tidak dapat dimuatkan dalam akhbar biasa," katanya.
cadangan Tok Ayah : Beri nama akhbar "Mahazalim" atau "Mahafiraun" pasti orang akan terus mengenalinya.