Tahniah pada Dato' Seri Syed Hamid Albar serta isteri, Dato' Fauzi dan delegasi rombongan kerana menziarahi kami di bumi Mesir. Kehadiran mereka sudah agak lama dinantikan oleh sebilangan besar masyarakat pelajar di sini. Bukannya kami nak hentam dan nak kritik kerajaan. Dan tidak bermakna juga kami nak belai dan gosok pihak kerajaan. Tapi rata-rata di kalangan kami berhasrat untuk melihat pemimpin negara kami tidak rosak dan tidak terpengaruh dengan fahaman kebendaan dan menobatkan kuasa fahaman sekularisme dan melenyapkan ketinggian kalimah suci La Ilaha Illa Allah.
Apa yang menarik sekali, perjumpaan ini diadakan pada musim dan student kat sini panggil 'fatrah' peperiksaan. Kehadiran boleh dikatakan ramai jika dinisbahkan pada musim ini. Bas - bas pengangkutan dari penginapan pelajar di kawasan Hayyu 'Asyir dan Hayyu Sabiek diminta untuk membawa pelajar ke Asrama Melayu Abbasiah. ( Mungkin kalau tak ada pengangkutan ini, mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar tak akan menjengokkan muka ke sana ).
Apa yang menarik, sebelum ucapan dari Dato' Seri Syed Hamid Albar. Wakil pelajar Mesir jugak ada berucap. Antara yang menarik, beliau memperkenalkan Mesir dan sejarahnya kepada Dato' Seri Hamid dan beliau menyatakan di sini adanya Firaun. Kesempatan untuk melawat bumi Firaun ini wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya agar memudahkan kita memahami Firaun kat Malaysia.
Bila sampai jer time Dato' Seri Syed Hamid ini berucap, beliau turut mengulas tentang Firaun. dalam nada penuh keinsafan, beliau mengatakan " Bila lihat mayat dan sejarah ketamadunan yang dicipta Firaun yang juga mengaku menjadi Tuhan kita rasa diri kita terlalu kerdil dan bagi yang berkuasa, mereka tak boleh nak merasakan kuasa mereka kekal, malah mereka juga tak boleh nak berterusan dengan sikap angkuh. Kerana Allahlah jua yang kekal ". Dato' Seri Syed Hamid Albar memang cakap dengan air muka yang ikhlas. Malah seolah-olahnya beliau juga tak sukakan sangat Dato' Seri Dr. Mahathir mengekalkan kuasanya sampai begitu lama. Cukuplah kali ning. Kau tu dah tua. Bila-bila masa aje, Allah boleh ambil nyawa. Rasa-rasanya itulah maksud Hamid Albar. maklumlah dia jugak menawarkan diri untuk bertanding di jawatan Naib Presiden Umno. Mungkin kalau diberikan peluang Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, beliau juga salah seorang yang akan merebut jawatan salah satu dari keduanya. Dan besar kemungkinan, kesan perjumpaan dan lawatan demi lawatan Hamid Albar ini juga mempunyai hasrat untuk mencari pengaruh untuk ke kerusi Naib Presiden Umno. Kalau berjaya diucapkan tahniah kerana .... (boleh jadi antara...rujuk SHIT).
Majlis dialog dengan beliau diadakan selepas ucapan. Tapi gangguan dari PA System pada microfon mahasiswa/wi sedikit terganggu hingga menyebabkan mahasiswa terpaksa menggunakan suara asli untuk mengemukakan soalan kepada beliau. Tapi beliau kata tak ada konspirasi dalam hal tu. Kesian jugak tengok kat TYT Duta yang ke sana ke mari kerana tak senang hati dengan pengurusan PA System.
Soalan-soalan yang dikemukakan banyak. Tapi biasalah tak ada untungnya jugak kat si pendengar. Masih tetap nak menegakkan benang yang basah. Contoh terdekat isu tentang Harakah. Manalah logiknya beliau mengatakan laporan Harakah tak betul dan sentiasa menyebelahi parti pembangkang. Dah memang Harakah lidah rasmi PAS takkanlah Harakah nak buat laporan tentang kegiatan Umno. Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan akhbar yang paling layak dianggap sebagai akhbar yang tidak mempunyai etika kewartawanan. Ini terbukti apabila pendedahan tentang agihan zakat oleh Kerajaan PAS Terengganu. Ambil gambar makcik tua yang didakwa diabaikan namanya. Sedangkan apa yang pasti, makcik Nik binti Ali mempunyai gelang-gelang emas yang tidak kurang dari lima utas yang disembunyikan antara dua pehanya. Dan Makcik Nik binti Ali juga mempunyai seutas rantai emas. Yang jelas Makcik tu dah diperalatkan oleh Berita Harian dan BH lebih jelas kepalsuannya. Pasal apa tak sekat sama kegiatan Berita Harian dan seumpamanya. Dan kalau BN atau Umno nak buat akhbar, buatlah jangan sekat akhbar orang lain. Dan kepada KDN, luluskan segera permit penerbitan akhbar Purnama. Nak tipu orang tua yang pekat UMNO tu bleh lah tapi nak tipu anak muda yang belajar agama jangan berhasrat.
Harakah jugak difahamkan tak mengikuti syarat jualan iaitu untuk ahli sahaja. Dan dakwaannya, Harakah dijual sebanyak 500 000 naskhah dan mencapai keuntungan yang agak besar. Dan melanggar syarat jualan ini tidak wajar berlaku di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Takkanlah nak beli Harakah pun nak kena tunjuk sijil keahlian. Dan takkan si penjual nak tanya dulu awak ahli ke tidak. Yang jelasnya, pengaruh PAS begitu ditakuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Begitu juga tentang sikap takut. Beliau menyarankan kepada mahasiswa/wi kat sini agar jangan amalkan sikap takut. Dan kami kat sini nak seru balik Dato' Seri Syed Hamid Albar agar jangan takutkan kat pengaruh parti lawan. Kekalkan demokrasi. Student kat sini tak boleh nak terima hujjah dangkal Dato' Seri.
Dan banyak lagi........jumpa di lain kali.