Royalti Minyak : Kenyataan PM Memalukan!

Saya amat sangat bersetuju dengan pembaca-pembaca reformasi yang menyatakan kenyataan Mahathir adalah berbahaya semasa memberi jawapan kepada wartawan dalam isu tuntutan negeri Terengganu meminta royalti minyak dinaikkan dari 5% ke 20%. Dalam temuramah tersebut PM Mahafiraun ini menyatakan yang Terengganu tidak berhak menerima royalti kerana minyak tersebut diperolehi di perairan antarabangsa. Royalti itupun atas ihsan kerajaan Persekutuan.

Kenyataan Mahathir ini bukan sahaja berbahaya tetapi kenyataan BAHLUL seorang yang bertaraf PM. Fikirkan, jika minyak tu diperolehi dari perairan antarabangsa, bukan saja Terengganu, Malaysia sendiri tak berhak menggunakan wang tersebut sendiri. Ini bermakna negara lain yang berkongsi Laut China Selatan seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Taiwan, China, Filipina, Singapura pun berhak atas nilai minyak yang dah Malaysia sedut. Mereka berhak mintak pampasan kerana Malaysia sedut minyak dari perairan antarabangsa.

Punyalah bangap PM. Bila dah gelabah main bantai saja. Duit Petronas yang berkoyan tu, entah dah berapa banyak yang habis ditelan Mahafiraun dan kroninya. Selamatkan anaknya saja dah habis RM1.8 billion. Tapi rakyat Malaysia masih diam lagi. Kalau di Amerika Selatan atau negara Afrika orang macam Mahathir ni dah lama kena tembak. Nasib baik pengikut parti pembankang terdiri daripada orang yang baik-baik belaka.

Dr. Psiko