KUALA LUMPUR : Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-46 dijangka bertempat di Terengganu iaitu negeri kedua yang bercita-cita menaikan martabat Islam selepas Kelantan, pada 2 hingga 4 Jun ini, kata Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Sebelum itu, pada 1 Jun akan berlangsung Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke-41 Pusat di negeri yang sama. Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat dan Muktamar Tahunan Muslimat PAS Pusat akan diadakan serentak pada hari Jumaat selepas Presiden PAS membentangkan Ucapan Dasar.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, di Pejabat Agung PAS, Taman Melewar di sini, Ahad lalu.
Menurut beliau, pemilihan negeri tersebut juga berdasarkan kejayaan PAS di situ mewujudkan sebuah kerajaan sebagaimana yang dicita-citakan oleh PAS setelah mendapat mandat rakyat.
"Hasrat kita mengadakan muktamar di Terengganu sebagaimana juga yang telah kita buat di Kelantan selepas kemenangan PAS di Kelantan dahulu.
Kita telah merayakan kemenangan itu dengan bermuktamar di negeri tersebut.
Kali ini kita berjaya di Terengganu dan kita mahu merayakan kemenangan itu dengan bermuktaktamar di negeri itu," ujarnya.
Menurut beliau, mesyuarat ini juga secara tidak langsung memberikan hasil kepada negeri Terengganu dan rakyatnya hasil daripada kemasukan pelancong tempatan nanti.
"Adalah dijangkakan lebih 10,000 pelancong tempatan akan membanjiri Terengganu pada hari muk-tamar tersebut," ujarnya.
Ini merupakan kali ketiga Muktamar Tahunan PAS diadakan di Tereng-ganu.
Muktamar kali ini tidak ada pemilihan pemimpin parti sebaliknya membincangkan pencapaian dan kegagalan PAS dalam pilihan raya lalu, meru-muskan serta mengemukakan idea untuk men-jayakan pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu.