KUALA LUMPUR, - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bimbang tentang "implikasi yang serius" kepada negara jika rakyat tidak bersyukur dan diajar supaya jangan terhutang budi terhadap nikmat yang mereka terima.
Belia berkata, ada pihak yang dengan sengaja dan kerana kepentingan tertentu sekarang mengajar rakyat supaya jangan bersyukur terhadap nikmat yang mereka terima atau terhutang budi kepada pihak yang menyampaikan nikmat kepada mereka.
Dalam perutusan Aidilfitri yang siarkan melalui RTM malam ini, Dr Mahathir berkata rakyat diajar supaya jangan terhutang budi kepada pihak yang menyampaikan nikmat kerana kononnya nikmat itu memang hak mereka dan jika tidak pihak itu yang menyampaikannya, pihak lain akan berbuat demikian.
Komen Tok Ayah : Yang tak bersyukur dan tak berhutang budi ialah Mahathir sendiri. Cuba bayangkan rakyat bertungkus lumus untuk memajukan negara, rakyatlah yang terpaksa tanggung tidak ada kenaikan gaji semasa ekonomi meleset. Tapi Mahathir hidup mewah
dengan iSTINAnya. Dahlah tu tak berterima kasih .....asyik salahkan rakyat.....
Jenis orang nyanyuk...