Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan iaitu :-
1. Adakah Ust. Abdul Hadi dan Cikgu Pa tak penting di Parlimen ? Sedang dua orang ini adalah orang lama dan berpengalaman di dalam PAS.
2. Sebelum ini Ust. Abdul Hadi adalah salah seorang yang akan membentang usul penting PAS di Parlimen.
3. Adakah dua orang ini juga bukan tokah ulama' ?
Katanya beliau akan akur dengan apa jua keputusan
yang dibuat oleh pucuk pimpinan itu.
PAS setakat ini masih
belum membuat keputusan mengenai perkara itu, katanya kepada
pemberita apabila ditanya mengenai perkara itu setibanya di Lapangan
Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, dekat sini.
Ditanya pendirian Haji Abdul Hadi sendiri sama ada beliau mahu
mempertahan atau melepaskan jawatan Anggota Parlimen itu, beliau
berkata: "Sekarang ini, kita tumpukan pada kerja-kerja mengisi
kemenangan yang dicapai oleh Barisan Alternatif di bawah pimpinan
PAS di Terengganu," katanya.
Sebuah akhbar tempatan hari ini
melaporkan selain Haji Abdul Hadi, Exco Kanan Terengganu Haji Mustafa Ali juga
dijangka akan meletakkan jawatan Anggota Parlimen Dungun bagi
membolehkan mereka menumpukan tugas di peringkat negeri.
Perletakkan jawatan mereka itu juga dikatakan bagi memberi
laluan wakil PAS Prof Datuk Dr Harun Din dan wakil Parti Keadilan Dr
Badrul Amin, masing-masing bertanding pada pilihan raya kecil di
kedua-dua kawasan terbabit dalam usaha menjadikan golongan ulamak
sebagai pembangkang di Parlimen,
Komen Tok Ayah : Walau bagaimana pun berita ini masih tiada pengesahan daripada pihak pumpunan PAS Terengganu. Mungkin andaian yang dibuat oleh pihak wartawan