Akibat Millenium Party....

Memang betul, banyak lagi yang belum kita tahu. Salah satu perkara yang kita mungkin akan ketahui ialah 9 bulan dari sekarang, iaitu mungkin akan tersiar dalam berita TV atau akhbar perihal ramainya bayi yang dibuang di tepi longkang, atau ditinggalkan di tempat-tempat tertentu kerana bayi itu adalah bayi luar nikah, dan 'bapa' serta 'ibu' bayi itu sebenarnya sibuk menyambut 'new millenium' pada pagi 1.1.2000 yang lalu.

Ayah Cik terpaksa ke tempat kerja pada pukul 11.00 malam hari Jumaat lalu kerana diarahkan memastikan semua mesin dalam keadaan baik (tak ada masalah Y2K). Jalan agak sibuk, ramai yang menuju ke pusat bandar, sama ada mereka menuju ke tempat kerja seperti Ayah Cik juga, ataupun ke tempat 'pesta terakhir abad ini'.

Alhamdulillah....semua mesin dan peralatan berjalan seperti biasa, maka Ayah Cik pun pulang ke rumah pada pukul 1.15 pagi. Ketika berhenti di sebuah traffic light berdekatan dengan Plaza Angsana JB, sementara menunggu lampu merah bertukar hijau, 3 buah motosikal berhenti di sebelah kereta Ayah Cik. Ayah Cik menjeling mereka, ada 3 pasangan lelaki perempuan Melayu sedang membonceng motosikal. Pakaian si perempuan (betina?) adalah jenis pakaian yang 'tak cukup kain dan tak kena saiz sebab ketat'.

Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, salah seorang pembonceng (perempuan) tiba-tiba menunjukkan satu tin arak (entah jenis apa, warna hijau) ke arah Ayah Cik seolah-olah gaya "cheers" sambil menjerit kuat, "Happy New Year Pakcik"....dan motosikal itu terus berderum laju meninggalkan kereta Ayah Cik di belakang. Ayah Cik hanya menggeleng kepala seorang diri dalam diam.

Pagi Sabtu, Ayah Cik pergi ke sebuah kedai mamak untuk membeli akhbar. Salah seorang jiran Ayah Cik, Mr Cheah menegur dan bertanya, "So you worked again last night?". Ayah Cik tersenyum mengangguk, dan Cheah yang bekerja sebagai facility supervisor di salah sebuah hotel 3 bintang di JB memberitahu Ayah Cik, yang pekerja-pekerjanya terpaksa membersihkan banyak 'sampah' di hotel pagi ini.

"Almost every room got condom in the waste basket", kata Cheah sambil tersengih. Ayah Cik sengaja nak serkap jarang, "Siapa punya? Melayu?". Cheah hanya berkata, "I think so...I tengok ramai budak Melayu di sana malam tadi...They enjoy themselves...".

Inilah yang berlaku di sekeliling kita. Walau pun ada masjid yang menganjurkan Qiamullail, memohon keampunan dari Allah....ramai yang lagi orang lain yang melakukan maksiat dan seolah-olah mempersendakan agama Allah.

*SELAMAT HARI RAYA kepada semua...

|A|Y|A|H| |C|I|K|

Dipetik daripada Sutera Onelist


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com