Semasa pilihanraya, mereka mati-matian menyokong Mahadey sungguhpun mereka tahu Mahadey cakap bohong. Dalam kempen mereka, banyak hujah yang dikeluarkan termasuk , takkanlah tergamak Mahadey buang Anwar yang dilantik dan diberi jawatan tinggi kalau Anwar benar-benar tak bersalah.
Mereka turut meracuni pemikiran rakyat kampung dengan mengatakan apa yang Ummi Afilda cakap itu betul, kes liwat Anwar tu betul, takkan Mahkamah tak betul dan sebagainya. Pendek kata, semua hal berkaitan Anwar itu betul belaka.
Akhirnya BN menang dalam pilihanraya dan yang pasti UMNO kalah dan hancur!
Kini ketika menghadapi pemilihan dalam parti, nampaknya tembelang mereka telah pecah. Mereka sendiri memang bosan dan tahu Mahadey memang pembohong, memang menghancurkan Melayu dan Islam. Mereka sedar Mahadey terlalu jahat demi mempertahankan kerusi Presiden parti, sekaligus jawatan PM. Sebahagian besar ahli MT kini sudah tidak menyokong Mahadey tapi takut untuk buat usul undi tak percaya, kerana mereka nak jatuhkan Mahadey dalam pemilihan nanti , atau memastikan ada orang lain menang Timb Presiden dan mudah untuk pastikan Mahadey undur dengan tertib.
Semua ini adalah permainan dalam UMNO sendiri. Seperti kata Pak Shahnon, kalau dah najis, buat macammana pun tetap najis.
Sekarang puak-puak yang hendak jatuhkan Mahadey dalam UMNO telah menggunakan isu Anwar semula. Mereka sedar bahawa memang wujud konspirasi menjatuhkan Anwar. Mereka juga sedar bahawa Anwar disingkir kerana Mahadey takut dikalahkan oleh Anwar - ingat bagaimana cara Mahadey mengingatkan ahli UMNO supaya tiada pertandingan, peratus pencalonan untuk jawatan Presiden dinaikkan dan akhir sekali menangguhkan pemilihan UMNO itu sendiri.
Kewajaran team yang menyokong Anwar mempertahankan Anwar jelas kerana mereka tahu Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa kerakusan Mahadey. Siapa juga yang berada dalam pasukan Mahadey kali ini akan ditentang, begitulah desas desus kuat yang menular di peringkat Bahagian. Ternyata Bahagian semakin berani mengusul agar kerusi penting dalam UMNO itu dipertandingkan. Tidak mustahil jika sokongan kepada Ku Li meningkat kerana mereka terlalu benci kepada Mahadey dan Dolah.
Maka - Anwarisme digunakan dalam pemilihan kali ini. Pastinya pertembungan dua isme menjadi penyebab kemenangan atau kekalahan. Sungguhpun kelihatan "wave"/gelombang menentang Mahadey begitu kuat, semua ketahui bahawa tektik Mahadey untuk menang dengan cara apa sekalipun tidak disangkal, dia sanggup melakukan apa saja untuk menang termasuk memfitnah, membohong dan memutarbelitkan fakta. Kerana rakyat Malaysia sudah kenal siapa Mahadey - The Master of a Great Liar!!
Kita tunggu sehingga dua tiga minggu lagi di mana akan ada suara yang semakin berani mencabar Mahadey. tunggulah.