MAHATHIR SEDANG BERPERANG DENGAN RAKYAT..!!

Kemelut yang menimpa UMNO/BN sekarang makin menekan perasaan gundah yang merimaskan seluruh struktur parti itu. Ini tergambar dari beberapa perlakuan dan tindakan melulu dan membuta tuli pemimpin parti itu, khususnya Mahathir Mohammad dan Abdullah Bedawi. Antaranya:

1) Kemungkinan pengharaman keatas akhbar HARAKAH yang bermula dengan penyekatan dan perampasan naskhah di sekitar Bandaraya KL,

2) Melengahkan pengeluran permit terhadap mass-media berthema “menyedarkan rakyat” tentang hak asasi rakyat,

3) “democratic erosion” yang kian menjadi-jadi dengan pengeluaran arahan terhadap pejabat-pejabat Kerajaan mencegah mengadakan ceramah ugama Islam waktu Zohor,

4) menggembar-gemburkan “fitnah” Mahathir Mohammad memburok-burokan Negara, peranan Parti Pembangkang dan perubahan arus politik Rakyat di akhbar Jepun Maichi Shinbun sebagai satu pandangan yang (kononnya) memanfaatkan negara – tetapi sebaliknya telah memberi kesan negatif yang amat besar.

Keseluruhan tindakan kerajaan pimpinan UMNO/BN membayangkan bahawa Kerajaan parti itu telah kecundangan walaupun menang “land-slide” (konon).

Yang pasti ialah:

i) Parti itu makin rasa tertekan, inferior dan menyedari penghakisan sokongan rakyat yang terjejas teruk,

ii) Kerajaan ini tahu bahawa sokongan yang jauh merosot dari zaman kegemilangannya mencerminkan bahawa parti itu telah tiba diambang kemusnahan,

iii) Tahun 2004 adalah tarikh yang amat mengerikan bagi parti ini kerana pertambahan pengundi baru hampir 2.0 juta sekali gus akan menghapuskan majoriti terkumpul UMNO/BN yang tidak sampai 200 ribu itu (dari perangkaan P/raya ke-10). Bermakna Barisan Alternatif akan menyapu bersih DUN dan Parlimen (tertegak Kerajaan Baru Barisan Alternatif menggantikan BN),

Apa yang terlihat sekarang, kehadiran 47 wakil pembangkang di Parlimen dan wakil-wakil DUN dan performance mereka di Dewan-Dewan terbabit sedang diteliti setiap detik oleh rakyat. Jika akhabr-akhbar menulis, rakyat akan beroleh maklumat benar dan jelas sebagai counter-check melalui ceramah dan internet.

Beberapa pemimpin UMNO menelah, walaupun akhbar HARAKAH akan dibatalkan (oleh Kerajaan UMNO/BN), ini tidak bermakna rakyat akan patah semangat – sebaliknya akan melipat-gandakan asakan rakyat untuk menumbangkan parti Kerajaan yang menzalimi dan menipu mereka.

Bayangkanlah, jika tiap seorang dari 2.0 juta pengundi baru yang serba berfikiran terbuka mampu mempengaruhi hanya 3 orang bermakna jumlah penyokong BA akan mampu memonopoli 6.0 juta pengundi. Tetapi yang jelas sekarang majoriti UMNO/BN cuma setakat 200 ribu.

Strategi ini PASTI akan merunsingkan Dr. Mahathir dan keseluruhan kempimpinan UMNO/BN. Tidak wajar Mahathir berjuangan ke titisan darah terakhir jika perbuatan itu jelas satu tindakan “berperang dengan Rakyat“ dalam sebuah drama berthema “suicidal” yang sia-sia dan membahayakan!!

Ungku Haris Ungku Abdullah Kuala Terengganu.