Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Kenapa Tempoh Pesaraan di lanjutkan

KUALA LUMPUR, 11 Jan - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta isu umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan daripada 55 tahun sekarang kepada 60 tahun terus dikaji.

Presiden MTUC Senator Zainal Rampak berkata, ini kerana ada kaitan langsung antara purata jangka hayat dan umur persaraan.

"Di Malaysia, purata jangka hayat ialah 72 tahun (75 tahun bagi wanita dan 69 tahun bagi lelaki) yang jauh daripada umur persaraan 55 tahun sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini sekarang.

Zainal berkata, ramai pekerja mahir dan masih sihat walaupun boleh menyumbangkan bakti untuk beberapa tahun lagi terpaksa meninggalkan kerja kerana undang-undang yang mewajibkan persaraan.

Akhbar New Straits Times semalam melaporkan sumber-sumber sebagai berkata yang Kabinet tidak bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib kakitangan awam dari 55 tahun ke 58 tahun seperti yang diminta oleh CUEPACS.

Sementara itu Pengerusi DAP Lim Kit Siang berkata, Kabinet perlu menjalankan kajian baru berhubung menaikkan umur persaraan melalui rundingan awam dan debat bukan sahaja membabitkan CUEPACS tetapi juga semua sektor masyarakat Malaysia.

Komen Tok Ayah : Kenapa sibuk dengan umur pesaraan hrndak dilanjutkan. Dahalu kita dibenarkan bersara awal. Tapi sekarang isu pesaraan lewat.

Setahu Tok Ayah terlalu ramai pengawai-pegawai yang ada di KL tu sepatutnya akan bersara tak lama lagi. Jadi mereka punya agenda untuk melanjutkan tempoh pesaraan agak boleh berkhidmat lama lagi. Itu tak termasuk tempoh kontrak nanti.

Jawapan paling mudah, kesianlah orang yang di bawah. Agaknya bila akan merasa jawatan ketua atau pengarah. Agenda politik Mahathir (MTUC dan CUEPACS adalah bandut/pelawak betul tak MT) agar ketua yang masih pronya tidak akan dinaiki oleh golongan muda yang pro...pembangkang


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com