Pinda Perlembagaan Negeri Kelantan : Satu Keperluan?

Saya amat bersetuju dengan saranan Sdr.Yang tak benama, daripada MAIK, melalui ruangan ini yang disiarkan pada 24/12/99 yang lalu, agar pindaan perlembangan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan di-buat oleh kerajaan yang memerintah Kelantan hari ini.

Pindaan ini perlu di-laksanakan bagi melicinkan pentadbiran Kerajaan Kelantan. Suara dan kerajaan pilihan rakyat dapat berfungsi dan melaksanakan segala amanat rakyat dengan lebih berkesan tanpa camputangan dan gangguan pihak-pihak lain.

Memang kita sangat bersetuju dengan pendekatan yang telah di-ambil oleh Tuan Guru Menteri Besar dalam menangani masaalah ini selama ini. Beliau mengambil pendekatan cara bersabar dan sikap mengalah. Tapi adakah cara ini dapat mengatasi masaalah?????.Nampak jelas bahawa pihak-pihak yang tertentu semakin angkuh dan semakin lantang menentang Kerajaan Kelantan. Banyak projek-projek Kerajaan di- sabotaj. Banyak tindak tanduk yang mereka lakukan terlalu memalukan. Tapi, mujurlah rakyat Kelantan memahami masaalah ini . Rakyat Kelantan tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab dan di belakang segala macam kemelut ini.

Cubalah kita imbas kembali beberapa peristiwa ( bagi rakyat Kelantan) yang telah berlaku dalam pentadbiran Kelantan dan penentangan terhadap Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini.

SPN:

Oleh kerana SPN adalah di-bawah kuasa Sultan, maka S/U Kerajaan Kelantan dengan angkuh menentang segala arahan Menteri Besar Kelantan.Tidak cukop dengan itu, beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Jajahan supaya tidak memberi kerjasama kepada Pemimpin Kerajaan. Kemuncak daripada penentang itu:-

  • 1. Beberapa oarang Pegawai SPN yang rapat dengan Menteri Besar atau Ahli Exco di-tukar.
  • 2.Penentangan yang begitu biadab oleh dua orang baduk dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu, ( Tim.YDP dan Setiausaha) Juga Pegawai SPN hingga tercetusnya " tunjuk perasaan oleh kakitangan MPKB, meminta MB meletak jawatan.
  • 3. Baduk-baduk tersebut akhirnya di-naikkan Pangkat menjadi Pegawai Jajahan di-Pasir Putih dan saekor lagi di-Tanah Merah.
  • 4. Di Pasir Putih, Baduk Pendek telah secara terang-terang berkempen untok UMNO dalam Pilihan Raya Kecil tidak lama dulu dan semakin hebat dalam pilihan raya Umum yang baru lalau. Banyak masaalah yang di-hadapi oleh ADUN PAS dan Ahli Majlis Daerah.
  • 5. Baduk yang satu lagi, yang bertakhta di Tanah Merah juga menentang MB dengan biadab sekali. Tentu kita semua masih ingat satu peristiwa yang yang menyedihkan. Atas arahan beliau Padang Majlis Daerah Tanah Merah di-kunci kerana tidak membenarkan MB mengadakan perhimpunan dengan rakyat. Mujurlah Ketua Polis Kelantan yang tahu tentang undang-undang membenarkan pintu pagar itu di-potong, atas alasan, sebagai MB, beliau berhak menggunakan apa jua kemudahan Kerajaan Kelantan.

MAIK:

Dengan kuasa Istana MAIK telah melaksanakan beberapa Projek di-atas tanah milik nya. Kebanyakan projek ini di-berikan kepada Tauke Cina.

Sebelum pilihanraya yang lalu, seluroh Imam dalam jajahan Gua Musang telah di-paksa menyertai UMNO dengan ugutan akan di-pecat jika enggan. Maka mau tidak mau, semua imam tersebut menjadi ahli atau menjadi jentera kempen UMNO.

SULTAN KELANTAN:

Beberapa peristiwa yang berlaku kepada Kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan adalah berpunca daripada Istana Kelantan. Kita faham perasaan Sultan Kelantan terhadap bapak Saudaranya Ku Li. Tapi apakah hakBaginda Sultan, mengikut perlembagaan Negara, untok menolak sebuah kerajaan pilihan rakyat.?????.

Baginda Sultan harus sedar bahawa seluroh keluarga baginda di-bayar dan di biayai oleh duit rakyat.Oleh itu baginda tidak seharusnya melaku sewenang-wenangnya kepada pimimpin kerajaan pilihan rakyat. Antara kemelut yang di-cetuskan ialah:-

1. Krisis Pengswaastaan Air Kelantan: Kita semua tahu siapa yang membawa Thames Water ke-Kelantan.Oleh kerana di-desak oleh Sultan Kelantan, maka Tuan Guru Menteri terpaksa menandatangani perjanjian itu untok menjaga hubongan dengan Istana.

2. Perisitiwa Sultan Kelantan tidak membenarkan MB mengiringi beliau dalam Mesyuarat Raja-raja tidak lama dulu. Sebaliknya, meminta ADUN Pembangkang menjadi pengiringnya.( Rozali Isohak). Dan ini amat memalukan rakyat Kelantan apabila baginda tidak di-benarkan menghadiri mensyuarat tersebut.

3. Projek Pembangunan Tebing Sungai Kelantan; Sultan Kelantan telah memberi kebenran kepada sebuah Syarikat Cina daripada Pulau Pinang ( ADONA) yang membangun kawasan sepanjang sungai Kelantan-di Bandar Kota Bharu. Tauke itu sanggup membina sebuah jambatan merentangi sungai Kelantan dari Kg.Cina ke-Palekbang di-seberang sana, secara percuma. Tapi jika sekiranya projek itu di-laksanakan taukei itu akan mendapat keuntongan berbillion ringgit. Entah berapa yang Sultan Dapat. Dan yang paling merbahaya ialah, di-jangkakan seramai 600,000 penghuni cina akan mendiami kawasa tersebut.Melayu mana yang mampu beli??????.

4. Dua buah perojek mega, yang di-bina dengan ihsan Sultan Kelantan ialah Hotel Diamond Putri dan Kota Seri Mutiara ( satu aras di-berikan kepada Tengku Anis). Kedua -kedua bangunan ini di-bina tanpa sebarang kelulusan daripada MPKB. dan yang amat menyedihkan ialah,kedua-dua Bangunan ini telah di-gunakan sepenuhnya walaupun masih belum mendapat Sijil Kebenara Dudok daripada MPKB. MPKB tidak boleh berbuat apa-apa kerana" Titah Perintah Seri Paduka Baginda".

5.Kebanyakan Majlis-majlis Resmi yang di-hadiri oleh Sultan Kelantan, pemimpin Kerajaan Negeri tidak di-jemput. Sebaliknya wakil Pembangkang ( UMNO) di-jemput.Sekali sekala ada kelihatan muka Ku Li di-belakang untok menumpang sekaki.

Dari peistiwa di-atas, saya sebagai rakyat Kelantan meyeru kepada Kerajaan PAS Kelantan supaya meminda Perlembagaan Negeri. Sudah sekian lama kami manantikan saat ini. Kami semua bersatu hati dan berkerja keras untok memastikan PAS akan dapat memerintah dengan majoriti lebih daripada 2/3. Dan sekarang kami rakyat telah berjaya. Kami tidak boleh menerima sebarang alasan lagi daripada pihak Kerajaan. Memang sabar itu separuh daripada imam. Tapi kalau dengan kesabaran itu, amanat rakyat tidak dapat di-laksanakan apakah Hukum nya?????.

Kami ingin menlihat wakil-wakil rakyat kami berkhutbah di-masjid-masjid sebagaimana di-Terangganu. Kami ingin mendengar ceramah-ceramah ugama di-masjid-masjid yang disampaikan oleh wakil rakyat kami.Kami ingin mendengar Khutbah yang di-sampaikan oleh Khatib, buka tek khutbah yang di baca oleh khatib.

Kami ingin melihat Pegawai-pegawai SPN patuh kepada arahan Kerajaan.Bukan patuh kepada ahli politik yang mereka minat atau kepada Parti Politik yang mereka sokong.

Kami mahu melihat Sultan bertakhta di-singgahsana, atas dasar Raja Berpelembagaan. Negara kita adalah sebuah Negara Demokrasi. Zaman Pemerintah Raja Mutlak sudah berakhir. Kami mahu Sultan Kelantan menjadi Raja kepada semua rakyat Kelatan, bukan raja kepada mana-mana ahli politik yang di-pimpin oleh Ku Li. Oleh itu, raja perlu menerima siapa sahaja yang di-pilih oleh rakyat. Bukan hanya menerima kerajaan pilihan Ku Li.

Kepada Kerajaan PAS Kelantan. Ini masa yang terbaik untok mereka membuang segala onak dan duri yang boleh meghalang kelicinan pentadbiran Kerajaan. Buktikan bahawa PAS boleh melaksana yang terbaik. Jika tindakan tidak di-ambil untok membuang najis-najis ini,percayalah, dalam pilahanraya yang akan datang nanti, sekali lagi PAS akan menghadapi pertentangan bukan sahaja daripada UMNO tetapi juga daripada Parti SPN, Parti MAIK dan Parti ISTANA.

KAMI RAKYAT SEDANG MENUNGGU: PENANTIAN YANG KIAN LAMA INI MESTI
ADA PENGHUJUNGNYA. SEMENTARA WAKTU DAN KEADAAN MENGIZINKAN,
TUNAIKAN HARAPAN RAKYAT INI . INSYAALAH ISLAM AKAN TERUS BERSINAR.

Kalijagat.