Kerajaan Barisan Nasional hari ini mengaku bahawa
mereka berhasrat melumpuhkan media-media yang
menyampaikan maklumat yang benar dan mendedahkan
penyelewengan kroni BN dan Umno. Menurut sumber rasmi
dari dalam Kementerian Dalam Negeri, selain akhbar
tabloid Harakah, beberapa majalah turut diberikan
amaran dan surat tunjuk sebab. Majalah Detik dan
Wasilah pimpinan penulis politik Ahmad Lutfi Othman
dan majalah Tamadun menerima amaran pada bulan Oktober
dan Disember lalu.
Selepas kemenangan 2/3 BN dalam pilihanraya lalu dan
selepas pembentukan kabinet baru Mahathir, kerajaan
mengeluarkan amaran kepada semua majalah ini agar
jangan mengeluarkan “fitnah terhadap kerajaan” jika
mahu permit penerbitan mereka diteruskan.
Malah, satu sumber dari akhbar mingguan Eksklusif juga
menyebutkan bahawa mereka juga diberikan amaran
seminggu selepas pilihan raya. Alasannya, menurut KDN,
ialah “akhbar Eksklusif menyebarkan fitnah.”
Hingga artikel ini ditulis, Detik belum lagi disambung
permitnya. Antara alasannya ialah permit itu sudah
bertukar tangan kepada Ahmad Lutfi dan mengapa beliau
menjadi Ketua Pengarang majalah politik berpengaruh
itu. KDN juga pertikaikan mengapa nama penerbit tidak
ditulis di majalah itu --- semuanya alasan remeh untuk
menyekat kebebasan rakyat negara ini.
Wasilah, walaupun baru keluaran pertama, juga sudah
dipanggil ke KDN kerana memberikan permit itu untuk
diuruskan oleh Ahmad Lutfi. KDN juga berkata kesalahan
majalah tersebut kerana tidak memasukkan perkataan
"Al" kerana dalam permit asal sepatutnya berbunyi
"Al-Wasilah." Ini hujah kerajaan BN, gila apa? KDN
ingat semua penulis dan wartawan bodoh macam Ghafar
Baba atau Shahidan Kassim?
Sementara Tamadun pula dituduh oleh KDN sebagai
“membangkitkan isu-isu lama yang boleh menyinggung
pihak kerajaan” dan juga “menyiarkan berita-berita
yang propembangkang.”
Seperti juga Detik dan Harakah, majalah Tamadun
dituduh oleh KDN sebagai “melanggar syarat-syarat
permit.” Setakat hari ini, Tamadun belum lagi menerima
amaran bertulis terbaru yang bertarikh 24 Disember
seperti mana yang diserahkan kepada pihak Harakah,
Detik dan Wasilah. Tetapi pada 28 Oktober lalu,
Tamadun sudah menerima surat amaran rasmi dari KDN.
Tuduhan KDN kepada pihak akhbar mingguan Eksklusif
sebagai “penyebar fitnah” menyebabkan ramai
kakitangannya marah dan kecewa dengan KDN dan kerajaan
BN. Eksklusif itu dituduh penyebar fitnah? Lawak ‘tak?
Tahun ini sahaja, tabloid mingguan itu menerima empat
amaran dari KDN kerana menerbitkan berita-berita
tentang parti-parti Barisan Alternatif. KDN juga
memaksa tabloid itu menyiarkan pandangan-pandangan
pemimpin Umno.
INILAH KEZALIMAN BN apabila mereka berkuasa semula,
Cilaka punya penyamun! (ikut rentak lagu P Ramlee)
(maklumat terbaru dari unit pemberita reformasi)