Mangsa Mercun Pertama - Bila Nak Selesai ?

TUMPAT, 25 Dis - Seorang pelajar sekolah cedera parah di tangan dan dagu apabila mercun yang cuba dibakarnya meletup di rumahnya di Kampung Geting, di sini, hari ini.

Ketua Daerah Polis Tumpat Supt Mohd Fuad Talib berkata mangsa Mohd Faisal Ramli, 14, dan adiknya dikatakan bermain mercun yang diperolehi dari negara jiran pada pukul 11.30 pagi ini.

Mangsa yang melecur di tangan dan dagu dimasukkan ke Hospital Daerah Tumpat untuk rawatan lanjut manakala adiknya tidak cedera, katanya di sini, hari ini.

Beliau menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Sementara itu, Mohd Faisal ketika ditemui berkata mercun itu diperolehi daripada seorang saudaranya yang membelinya dari negara jiran.

"Saya cuba menyalakan mercun itu tetapi tiba-tiba ia meletup," katanya.

Katanya mercun itu mudah diperolehi kerana sering dijual oleh rakan-rakan dan mereka yang datang dari negara jiran.

"Pengalaman pahit ini tidak dapat saya lupa dan saya berharap kawan-kawan yang lain tidak lagi bermain mercun," katanya.

Komen Tok Ayah : Tiap-tiap tahun mesti ada yang putus jari, Orang Cina main "berpapan-papan" tak pun ada yang cedera tapi lain dengan orang Melayu. Kerajaan buat undang ketatkan permainan mercun tapi....apa jadi 'undang tak ada ruh' kata MB Terengganu.