KUALA LUMPUR, 1 Jan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim berkata beliau sedia bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti akan datang sekiranya langkah itu dapat mengukuhkan perpaduan parti.
Menurutnya, beliau tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh mana-mana Bahagian Umno yang ingin mencalonkan beliau bagi merebut jawatan itu.
"(Tidak ada) siapa yang hendak tolak sepinggan nasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan bantuan Hari Raya kepada 309 fakir miskin dan golongan kurang upaya yang menetap di kawasan Umno Bahagian Cheras di sini hari ini.
Komen Tok Ayah : Nampak perang dalam UMNO akan bermula.....tunggu yang tercicir.