Sebagai tindakbalas terhadap perampasan Harakah serta pengharamannya dijual ditempat umum marilah kita sama-sama:
1. Mengisi borang menjadi ahli PAS supaya dapat membeli HARAKAH tanpa rasa takut lagi. Kalau boleh biar ahli PAS meningkat sampai jutaan!
2. Beramai-ramai melanggan HARAKAH. Dengan ini masalah tidak sempat beli HARAKAH atau ketinggalan membacanya tiada lagi. Selain itu, langganan kita pasti akan lebih memudahkan pengurusan HARAKAH selain membantu PAS dari segi kewangan ( Duit cepat masuk ).
3. Pergi beramai-ramai ke markas atau pejabat PAS. Selain memebeli HARAKAH, kita juga dapat berbincang dengan penyokong BA yang lain mengenai politik busuk BN dan merancang strategi
memperkukuhkan jentera parti. Jadikan tempat ini sebagai tempat utk merapatkan lagi silaturrahim antara penyokong BA.
Jika kempen ini berjaya mendapat sambutan, DOLLAH DAWI tentu akan pening kepala dan menyesal setelah jumlah ahli PAS kian bertambah disebabkan ingin membeli HARAKAH dan jualan HARAKAH akan cepat habis kerana kepanasannya....Ahli-ahli PAS juga dapat merapatkan hubungan mereka semasa berada di markas ataupun pejabat PAS.
TERIMA KASIH KPD KEMENTERIAN DALAM NEGERI DI ATAS KEBIJAKSANAAN
MENTERINYA DALAM MENANGANI MASALAH PENINGKATAN JUALAN HARAKAH!
KEPADA PEMBACA HARAKAH JANGAN HILANG SEMANGAT. INSYA-ALLAH TUHAN BERSAMA KITA.SESUATU YG BERLAKU ITU PASTI ADA RAHMATNYA....
salam reformasi dari:
[Jogho2000@hotmail.com]