KOTA BAHARU, - Polis Kelantan merampas sebanyak 800 naskah akhbar Harakah yang dijual secara terbuka sejak 3 Jan lepas dalam pemeriksaan di beberapa gerai dan kedai buku di negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Abdul Rahim Jani berkata, rampasan itu dibuat kerana didapati lidah rasmi PAS itu dijual secara terbuka dan berleluasa.
Operasi itu dijalankan bagi mematuhi arahan kerajaan yang tidak membenarkan pekedai menjual Harakah secara terbuka kepada orang ramai kecuali kepada anggota parti itu sahaja, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut beliau, penjual yang terlibat boleh menuntut naskah akhbar yang dirampas dalam tempoh sebulan dengan mengemukakan permit atau lesen jualan akhbar itu.
Sementara itu, polis mendapati tiga daripada 17 kes kemalangan maut dalam tempoh Ops Stastik Empat yang bermula 23 Dis dan berakhir Ahad lepas berpunca daripada sikap cuai pemandu dan memandu secara berbahaya.
Pihak penjual akhbar cukup kecewa dengan sikap UMNO yang mengarah rampasan tersebut, tetapi membiarkan penjualan CD lucah dan tak bertapis dimerata-rata tempat di seluuh negara.